Seorang pegawai Jabatan Perikanan (kiri) sedang memeriksa ikan-ikan yang dijual di pasar ikan di Semporna
Oleh Faizal Rahman
SEMPORNA: Pasukan Polis Marin Semporna bersama dengan Jabatan Perikanan Daerah Semporna telah melaksanakan Operasi Bersepadu di Pasar Ikan Jeti Umum, Pasar Ikan Seafest dan Pasar Ikan Kg. Simunul Semporna kelmarin.
Komander Pasukan Polis Marin Sabah ACP Hj. Mohamad Pajeri Ali memberitahu bahawa objektif utama operasi tersebut adalah untuk mengesan dan melumpuhkan aktiviti-aktiviti pengeboman ikan di perairan Sabah dengan melakukan pemeriksaan ke atas semua penjual-penjual ikan di pasar-pasar ikan yang dikhuatiri cuba menjual ikan hasil daripada kegiatan mengebom ikan.
“Selain itu, pemborong ikan juga diperiksa dan dikesan sekiranya terlibat dalam aktiviti mengebom ikan dan perkara yang berkaitan dengan hasil yang diperolehi daripada aktiviti pengeboman ikan,” kata Mohamad Pajeri.
Menurutnya lagi, dalam usaha menangani kes-kes melibatkan aktiviti mengebom ikan di perairan Semporna, Pasukan Polis Marin Semporna akan terus melancarkan Operasi Bersepadu bersama Jabatan Perikanan dan juga lain-lain agensi dengan membuat pemeriksaan di premis-premis penjualan ikan di pasar basah bagi memastikan pihak yang menjalankan aktiviti mengebom ikan dapat dibendung secara lebih agresif dan menyeluruh.

More Stories
Malaysia satu-satunya negara Asean tak catu bekalan bahan api
Senarai nama calon KP SPRM telah dipersembah kepada Agong
UMS Pacu Kampus Lestari Melalui Program Tanam Pokok @ FKJ