PENGHARGAAN…Madius (3 dari kini) menerima cenderakenangan daripada Dr. Marcus (2 dari kiri).
Oleh: Nio James
KOTA KINABALU: Kerajaan negeri sedang mengkaji bagaimana untuk menggunakan dan memanfaatkan teknologi digital dengan sebaik mungkin untuk melahirkan satu penghasilan baru untuk kerajaan.
Timbalan Ketua Menteti, Datuk Seri Panglima Wilfred Madius Tangau berkata, antara kajian yang sedang dilakukan ialah bagimana untuk menggunakan teknologi digital untuk membuat satu platform baru untuk memantau nilai-nilai alam sekitar yang ada.
“Sepertimana yang kita tahu bahawa Sabah kaya dengan kepelbagaian bayu, dimana nilainya yang kita nampak hanya dalam eko-pelancongan dimana orang datang dan melihatnya.
Ramai pelancong datang melihatnya dan bagaimana kita bawa ke tahap selanjutnya untuk memastikan kepelbagaian dan konsep yang ada dapat kita pantau,” katanya.
Beliau berkata demikian kepada pemberita selepas merasmikan Persidangan Antarabangsa Kali Keenam mengenai Sains dan Teknologi Pengkomputeran 2019, diHotel Hilton, disini pada Khamis.
Madius, yang juga Menteri Perdagangan dan Perindusrtrian berkata bahawa beliau telah memaklumkan kepada Universiti Malaysia Sabah (UMS) bahawa kerajaan negeri berminat untuk menjalinkan kerjasama dengan UMS untuk melihat bagaimana sistem penyampaian kerajaan negeri dapat menerokai teknologi digital.
“Selain untuk menyediakan dan melatih bakat, dan bakat yang saya maskudkan termasuk dalam perkhidmatan awam bagaimana kita dapat mentransformasi mereka supaya mereka dapat mentransformasi diri mereka sendiri ke dalam teknologi digital,” katanya.
“Sudah tentu dalam kementerian, bahagian lain yang kita cari adalah untuk memacu industri ke dalam teknologi digital,” katanya lagi.
Dalam pada itu, Madius berkata, persidangan itu dianjurkan untuk memenuhi keperluan tempatan yang memberi tumpuan kepada peningkatan kesedaran mengenai industri 4.0 dan juga untuk menyokong perkongsian pengetahuan dalam sains dan teknologi pengkomputeran.
Katanya, persidangan itu sangat penting bagi Sabah kerana pada tahun ini UMS sudah memulakan satu kursus unrtuk pelajar-pelajar mengambil data sains.
“Data sains adalah satu bidang yang amat penting untuk megharungi indusrtri 4.0.,” katanya.
Turut hadir Penolong Naib Canselor UMS Prof Dr Marcus Jiponi, Dekan Fakulti Pengkomputeran dan Maklumat, UMS Prof. Dr. Abdullah Gani dan PengerusiPenganjur Persidangan, Prof. Dr Madya Dr. Rayner Alfred.

More Stories
UMS Pacu Kampus Lestari Melalui Program Tanam Pokok @ FKJ
Warga UMS Jayakan ‘Jom Baca’ dan Pelancaran Kapsul Masa Digital 2035
Pengurusan makanan dan amalan pengilangan baik penentu kualiti industri makanan negara