Akdan, Faridah, ASP Zulpakar Dan Manjin melafazkan ikran taat Seti Rukun Negara
Oleh Aissac Bjsim
KOTA MARUDU: Pelajar hari ini perlu mengatahui dan menghayati sejarah kemerdekaan dalam menyemai semangat patriotisma sempena bulan kemerdekaan walaupun hidup di dalam pelbagai rasam hidup.
Pegawai Pendidikan Daerah PPD Kota Marudu Datu Akdan Basran berkata, dalam semangat cintakan negara hendaklah bermula daripada sekolah yang wajar ditanam di dalam jiwa semua pelajar yang dapat diekspresikan dengan perasaan bangga kerana hidup di negara yang aman dan tenteram.

“ Kita mahu semangat semangat cintakan negera dan patriotisme dapat diterjemah melalui masyarakat pelajar yang dan dapat diluahkan melalui penyertaan pelbagai perisian sambil mengibarkan jalur gemilang dan bendera Sabah. Berlari sambil menyanyikan lagu-lagu patriotik, menurunkan bendera Union Jack seterusnya menaikkan bendera Malaysia.
“Selain itu, rasa cintakan akan negara ini juga akan menjadikan kita lebih matang dan mengetahui sejarah penubuhan dari kedatangan Portugis, Belanda, Belanda/Inggeris, pendudukan Jepun, ancaman komunis sehingga menjelang kemerdekaan Tanah Malayu dari British pada 31.08.1957 dan diikuti pembentukan Malaysia pada 16.09.1963 yang disertai Sabah, Sarawak dan Singapura”.

Katanya, sejarah juga menyaksikan ramai dikalangan para pejuang tempatan yang berani memberontak dan mengangkat senjata seperti Paduka Mat Salleh, Antenom, Kulindod dan ramai lagi pejuang yang telah berjuang untuk menentang cengkaman penjajahan barat.
”Selepas merdeka juga telah menyaksikan terjadi pertumpahan darah dalam peristiwa 13 Mei, dan sudah tentu nilai kemerdekaan itu bukanlah mudah seperti yang telah dilalui oleh bapa Kemerdekaan almahrum Tunku Abdul Rahman Putera “ katanya.
Akdan berkata, pada majlis sambutan Hari Kemerdekaan peringkat SMK Kota Marudu yang diserta lebih 800 pelajar dengan pelbagai perisian telah dijalankan. Pada awal pagi rombongan pelari dan diiringi penunggang basikal berlari dan berarak di jalan utama pekan Kota Marudu dan menghala ke Pekan Goshen sebelum pusing melalui bulatan Bandau dan kembali ke sekolah sambil diiringi kereta Polis peronda.
Sementara itu Pengetua SMK Kota Marudu Faridah Raimen, berkata masyarakat Malaysia di Sabah khasnya mementingkan perpaduan yang menjamin keharmonian dan kesejahteraan, majlis seumpama itu boleh meningkatkan semangat cintakan negara serta perasaan tanggunjawab kepada negara sekaligus meningkatkan nilai-nilai murni diri yang melambangkan kebersihan lahir dan batin seperti tema #MALAYSIAKUBERSIH.

Katanya, penyertaan dikalangan para pelajar amatlah menggalakkan disamping , persembahan nyanyan solo patroitik, koir, pakaian tradisi Rakyat Malaysia, diklemasi sajak, pertandingan basikal berhias dan senam robik telah menyerikan majlis.
Sebelum itu majlis menyaksikan penurunan bendera Union Jack, dan menaikkan bendera Malaysia sambil nyanyian lagu negaraku dan lagu Sabah Tanah Airku berkumandang dengan penuh semangat patriotik oleh para guru dan pelajar.

More Stories
UMS Pacu Kampus Lestari Melalui Program Tanam Pokok @ FKJ
Warga UMS Jayakan ‘Jom Baca’ dan Pelancaran Kapsul Masa Digital 2035
Pengurusan makanan dan amalan pengilangan baik penentu kualiti industri makanan negara