PELAJAR PERLU SEMAI SEMANGAT PATRIOTISMA SEMPENA BULAN KEMERDEKAAN

Akdan, Faridah, ASP Zulpakar Dan Manjin melafazkan ikran taat Seti Rukun Negara

Oleh Aissac Bjsim

KOTA MARUDU: Pelajar hari ini perlu mengatahui dan menghayati sejarah kemerdekaan  dalam menyemai semangat patriotisma sempena bulan kemerdekaan walaupun hidup di dalam pelbagai rasam hidup.

Pegawai Pendidikan Daerah PPD Kota Marudu Datu Akdan Basran berkata, dalam semangat cintakan negara hendaklah bermula daripada sekolah  yang wajar ditanam  di dalam jiwa semua pelajar  yang dapat  diekspresikan dengan  perasaan bangga  kerana hidup di negara yang  aman dan tenteram.

PK. 1, Evelyn Mak (kanan), menyampaikan hadiah pertandingan pakaian tradisional Rakyat Malaysia; Johan Atlhea Jun, Naib-johna Sari Asma dan ke – 3 Michellye Chong

“ Kita mahu semangat semangat  cintakan negera  dan patriotisme  dapat diterjemah melalui masyarakat pelajar yang dan dapat diluahkan melalui penyertaan pelbagai perisian  sambil mengibarkan jalur gemilang dan bendera Sabah. Berlari sambil menyanyikan lagu-lagu  patriotik, menurunkan bendera Union Jack seterusnya menaikkan bendera Malaysia.

“Selain itu, rasa cintakan akan  negara  ini juga akan menjadikan  kita lebih matang dan mengetahui sejarah penubuhan dari kedatangan  Portugis, Belanda, Belanda/Inggeris, pendudukan Jepun,  ancaman komunis sehingga  menjelang kemerdekaan Tanah  Malayu dari British  pada 31.08.1957 dan diikuti pembentukan Malaysia pada 16.09.1963 yang disertai Sabah, Sarawak dan Singapura”.

Rombongan pelari Dan penunggang basikal melaungkan Sabah Merdeka Dan Malaysia sambil mengelilingi pekan Goshen sejauh 1 km.

Katanya,  sejarah juga menyaksikan ramai dikalangan  para pejuang tempatan yang  berani memberontak dan mengangkat senjata seperti Paduka Mat Salleh, Antenom, Kulindod  dan ramai lagi pejuang yang telah berjuang untuk menentang cengkaman penjajahan barat.

”Selepas merdeka  juga telah menyaksikan   terjadi  pertumpahan darah dalam  peristiwa 13 Mei,  dan  sudah tentu  nilai kemerdekaan itu bukanlah mudah seperti yang telah dilalui oleh bapa Kemerdekaan almahrum Tunku Abdul Rahman  Putera “ katanya.

Akdan berkata, pada majlis  sambutan Hari Kemerdekaan peringkat SMK Kota Marudu yang diserta lebih 800 pelajar dengan pelbagai perisian  telah dijalankan. Pada awal pagi rombongan pelari dan diiringi penunggang basikal  berlari dan berarak di jalan utama pekan Kota Marudu dan menghala ke Pekan Goshen sebelum pusing melalui bulatan Bandau   dan kembali ke sekolah sambil diiringi kereta Polis peronda.

Sementara itu Pengetua SMK Kota Marudu Faridah Raimen, berkata masyarakat Malaysia di Sabah khasnya mementingkan perpaduan yang menjamin keharmonian  dan kesejahteraan, majlis seumpama itu boleh meningkatkan  semangat  cintakan negara serta perasaan tanggunjawab  kepada negara sekaligus  meningkatkan nilai-nilai murni diri  yang melambangkan kebersihan  lahir dan batin seperti tema #MALAYSIAKUBERSIH.

Pelancaran acara oleh Tengku Abdul Rahman Dan laungan Merdeka sebanyak 3 kali bersama peserta dan pelajar

Katanya, penyertaan dikalangan para pelajar amatlah menggalakkan disamping  , persembahan nyanyan solo patroitik, koir,  pakaian tradisi  Rakyat Malaysia,  diklemasi sajak, pertandingan  basikal berhias dan senam robik  telah  menyerikan  majlis.

Sebelum  itu  majlis  menyaksikan penurunan bendera Union Jack,  dan  menaikkan bendera  Malaysia   sambil nyanyian  lagu negaraku dan lagu Sabah Tanah Airku berkumandang dengan penuh semangat  patriotik oleh para  guru dan pelajar.