70 PELAJAR SK PEKAN II BAKAL DUDUKI UPSR DI RAIH

Salmah bersama sebahagian guru guru yang menjayakan solat hajat Dan kenduri bergambar kenangan dihadapkan bangunan Sekolah bersama replika Dan lukisan jalur gemilang

Oleh Aissac Bjsim

KOTA MARUDU: Seramai 70 orang pelajar yang bakal menduduki peperiksaan Ujian Penilaian sijil rendah UPSR diraih  dalam satu kenduri selepas solat hajat berkumpulan diadakan di dewan kantin sekolah berkenaan dalam usaha terakhir memberikan suntikan moral kepada para pelajarnya.

Guru besar SK Pekan Lama II   Salmah Hji.Achil berkata, (Gambar bersama dengan para guru) berkat dan usaha selama dua minggu  lalu para pelajar yang mengikuti  kelas tambahan waktu malam dijalankan  sangat  positif.

“Syukur Alhamdulillah  nampaknya  ada peningkatan  ketara di dalam dua mata pelajaran yang kritikal  iaitu bahasa Inggeris dan matematik setelah  kelas malam berakhir”. Katanya  pada BS.

Solat hajat bersama guru guru Dan para pelajar

Katanya “Pihak sekolah dan Ibubapa  sepakat untuk mengadakan  program kerohanian solat hajat dan selepas itu diadakan jamuan makan”, katanya selepas  sejurus  selesai  majlis kenduri diadakan bersama para guru guru dan pelajar.

Katanya, sebelum itu  pihak sekolah  yang menumpukan 2R  iaitu ‘Realise and Refreshments’ kepada  murid yang bakal menduduki ujian UPSR dan  baru-baru ini juga sekolah turut berkolaberasi dengan Bank Rakyat melalui majlis partnership  Nuri  yang dihadiri ramai  ibubapa pelajar sangat mengkagumkan.

Dalam pada itu,  sekolah tersebut antara sekolah paling lama dan  melahirkan banyak para pemimpin masyarakat awam, antaranya  Ketua Setiausaha Kerajaan Negeri YB Datuk Seri  Hasyim Paijan dan ramai lagi,  turut sibuk menyediakan beberapa  model  bagi majlis sambutan hari kemerdekaan pada 19 September depan.

Katanya, Pembantu Menteri Pelajaran dan Inovasi Sabah Yb. Mohammad Mohammarin  dijangka hadir bagi merasmikan  majlis  tersebut.

Salmah yang baru menjadi guru besar di SK Pekan Lama Kota Marudu merupakan anak jati pekan lama yang tinggal di kampung Tambun telah  dan sedang merancang bagi pembinaan sebuah dewan terbuka bagi kemudahan hampir 500 orang pelajarnya.

“Saya harap  agar kehadiran Yb. Mohammarin  itu akan membuka lembaran baharu serta  harapan tinggi para ibubapa PIBG dan sekolah ini  kerana sekolah ini belum pernah dilawati  oleh orang kenamaan. Pada masa yang sama juga sekolah tersebut yang  diwujudkan pada awal tahun 1960an  masih tidak mempunyai kelas sains.