Raikan kemerdekaan dengan penuh semangat patriotisme dikalangan pelajar; persembahan lagu2 koir SMAG Goshen
Oleh Aissac Bjsim
KOTA MARUDU: Kolaborasi pintar diantara Persatuan Ibubapa dan Guru (PIBG) dan sekolah mampu lonjakkan akademik dan prestasi sekolah sekaligus melahirkan insan yang berketrampilan serta mempunyai daya saing disamping mempunyai akhlak yang tinggi.
Ahli Dewan Undangan Negeri Tandek Datuk Anita Baranting berkata, sekolah yang mempunyai hubungan erat dengan PIBG pastinya berjaya melahirkan pelajar cemerlang disamping membawa banyak keunggulan dalam bidang sukan, seni, nyanyian dan sahsiah pelajar.
Anita berkata, pada majlis pasar ria Amal dan Talent SMAG 2019 sebagai sebuah sekolah swasta Sekolah Menengah Advent Goshen yang unggul di daerah tersebut yang turut melahirkan ramai dikalangan pemimpin dan penjawat awam berkebolehan di negeri ini.

Katanya, selain PIBG alumni sekolah dan masyarakat setempat turut memberikan sokongan di dalam pembangunan fizikal sekolah dengan menghulurkan derma dan bantuan bahan binaan namun tidak memadahi.
Anita kemudian menjawab permohonan pihak PIBG agar pembinaan prasarana sekolah terutamanya bangunan makmal sains dan membaik pulih bangunan perpustakaan sekolah tersebut pada tahun hadapan.

Terdahulu pengerusi penganjur Dr.Rosy Talin, berkata sekolah tersebut yang sudah menemukakan permohonan berhubung dengan perkara tersebut dan mengharapkan sedikit bantuan pihak kerajaan dalam membaiki bilik perpustakaan disamping menyiapkan taman rumah pokok Rain Three yang menjadi symbol kepada sekolah semenjak tahun 60an lagi.
Rosy yang juga bekas sekolah tersebut mezahirkan terima kasih kepada para alumni kerana memberikan sokongan serta kerjasama baig menjayakan program tersebut dengan begitu Berjaya sekali sehingga ramai kehadiran dan juga penglibatan masyarakat setempat tanda sokongan.

Majlis yang turut dihadiri YDP PIBG Diris Gomong, Setiausaha Eksekutif SDA Mission Sabah Pastor Jibil Simba, Pengetua Sekolah SMAG Jane, Mantan Pegawai Kebajikan Sabah Tuan Mujin Durin dan AJK PIBG serta lebih dari 500 hadirin digemuruhkan dengan penampilan para penyanyi berbakat daripada sekolah tersebut disamping koir hari merdeka dan kumpulan pemuzik bamboo serta jualan gerai-gerai makanan dan pertandingan bola tampar, beyblade dan melukis.

More Stories
UMS Pacu Kampus Lestari Melalui Program Tanam Pokok @ FKJ
Warga UMS Jayakan ‘Jom Baca’ dan Pelancaran Kapsul Masa Digital 2035
Pengurusan makanan dan amalan pengilangan baik penentu kualiti industri makanan negara