Oleh Ahmad Tamrin
TAWAU : Seorang wanita telah dibaham buaya semasa mencuci kain di tebing sungai di Kampung Tuda Lama, Kalabakan hari ini.
Balai Bomba dan Penyelamat Tawau menerima panggilan pada jam 11.15 pagi dan seterusnya respon kes tersebut menggunakan 1 buah kenderaan utiliti bersama sebuah bot penyelamat ke tempat kejadian sejauh 90KM.

Menurut maklumat awal daripada seorang rakan mangsa, ketika kejadian, mereka sedang mencuci kain ditepi sungai sebelum dikejutkan dengan kehadiran seekor buaya.

Operasi mencari dan menyelamat (SAR) dijalankan disekitar mangsa dilaporkan hilang menggunakan bot penyelamat.
Mayat mangsa ditemui oleh penduduk kampung pada jam jam 3.25 petang dan diserahkan kepada pihak polis untuk tindakan lanjut.

Mangsa dikenali sebagai Nurfatimah, berumur 32 tahun. Pasukan Bomba menamatkan SAR pada jam 3.54 petang.

More Stories
Malaysia satu-satunya negara Asean tak catu bekalan bahan api
Senarai nama calon KP SPRM telah dipersembah kepada Agong
UMS Pacu Kampus Lestari Melalui Program Tanam Pokok @ FKJ