Lima lelaki ditahan PPM Semporna kerana gagal mengemukakan dokumen pengenalan diri
Oleh Faizal Rahman
SEMPORNA : Pasukan Polis Marin (PPM) telah menahan lima lelaki kerana gagal mengemukakan dokumen pengenalan diri yang sah di perkampungan Pulau Mabul Semporna semalam.
Komander Pasukan Polis Marin Sabah, ACP Hj. Mohamad Pajeri Ali berkata, pihak PPM sedang menjalankan “Ops Bersepadu” bersama Jabatan Siasatan Jenayah Daerah Semporna bagi membanteras jenayah perjudian, telah berjaya menahan lima saspek yang mencurigakan pada jam 11.30 malam.
“Saspek telah bertindak untuk melarikan diri setelah menyedari kehadiran pihak berkuasatetapi gagal untuk memboloskan diri ,” katanya lagi.
Kesemua mereka yang berumur antara 22 hingga 53 tahun, telah gagal menunjukkan pengenalan diri, kata Mohamad Pajeri.
PPM kemudian membawa saspek menggunakan botronda ke Markas Operasi PPM Semporna untuk siasatan lanjut dibawah Akta Imigresen 1959/63, tambah Mohamad Pajeri.

More Stories
Pelajar asrama Kolej Vokasional Lahad Datu meninggal dunia kena ‘kuruyuk’
Cubaan seludup minyak masak, seorang lelaki ditahan di Lahad Datu
Baru dia tau! Kes pecah masuk stesen minyak dan kedai elektrik, saturang buruh kasar ditahan di KK