Oleh Faizal Rahman
SEMPORNA: Pasukan Polis Marin (PPM) telah mengagalkan cubaan 15 orang warga Filipina untuk masuk ke negara ini secara tidak sah di kawasan laut Terusan Silapak dekat sini tengah malam tadi.
Komander PPM Sabah, ACP Hj. Mohamad Pajeri Ali berkata, botronda PPM telah mengesan kemasukan daripada negara jiran dan berjaya memintas sebuah pam boat menggunakan tiga enjin yang mecurigakan memasuki kawasan tersebut pada jam 12.30 tengah malam.
Semasa pemeriksaan di jalankan kesemua saspek gagal mengemukakan dokumen pengenalan diri yang sah dan mengaku secara lisan datang daripada Simunul, Tawi-Tawi, kata Mohamad Pajeri.
Menurut Mohamad Pajeri , semua penumpang secara lisan juga mengaku telah dikenakan bayaran sejumlah wang setiap seorang kepada juragan.
Hasil pemeriksaan lanjut mendapati terdapat wang Peso Filipina kepunyaan juragan dan penumpang serta barang peribadi di dalam ruangan perahu tersebut yang dipercayai kepunyaan penumpang, tambah beliau.

Antara barang yang dirampas oleh PPM ialah sebuah perahu, enjin, “propeller shaft”, jerikin dan sejumlah wang Ringgita Malaysia serta wang filipina dengan nilai rampasan RM 11,490 , katanya lagi.
Kesemua saspek di siasat di bawah Akta Antipemerdagangan Orang dan Antipenyeludupan MigranAkta (ATIPSOM) 2007 untuk siasatan lanjut, kata Mohamad Pajeri.

More Stories
Pelajar asrama Kolej Vokasional Lahad Datu meninggal dunia kena ‘kuruyuk’
Cubaan seludup minyak masak, seorang lelaki ditahan di Lahad Datu
Baru dia tau! Kes pecah masuk stesen minyak dan kedai elektrik, saturang buruh kasar ditahan di KK