Oleh Faizal Rahman
SEMPORNA : Pasukan Polis Marin (PPM) telah berjaya menangkap seorang lelaki Pala’uh yang disyaki menggunakan bahan letupan untuk menangkap ikan di perairan Kg Tobo-Tobo dekat sini kelmarin.
Menurut Komander PPM Sabah ACP Haji Mohamad Pajeri Ali , botronda PPM telah mendapati sebuah pam bot dalam keadaan mencurigakan semasa menjalankan rutin rondaan keselamatan.
Hasil pemeriksaan terhadap Lelaki Bajau Pala’uh tersebut yang berumur 45 tahun mendapati terdapat pelbagai jenis ikan yang disyaki ditangkap menggunakan bahan letupan berada dalam perahu tersebut, kata beliau.
Saspek dan pam bot tersebut di bawa ke Markas Operasi PPM Semporna untuk tindakan selanjutnya, tambah Mohamad Pajeri.
Turut dirampas satu unit enjin pump, 2 batang besi, satu set Kompresor, satu gulung hos, satu tali pinggang pemberat, 2 pasang kaki itik dan 14kg pelbagai jenis ikan yang disyaki ditangkap menggunakan bahan letupan. Nilai rampasan keseluruhan di anggarkan berjumlah RM 3,940, kata Mohamad Pajeri.
Kes disiasat dibawah Seksyen 26 (1)(c) Akta Perikanan 1985. Jika disabit kesalahan boleh dikenakan denda sehingga RM 20,000 dan penjara maksima dua tahun, kata Mohamad Pajeri.

More Stories
Pelajar asrama Kolej Vokasional Lahad Datu meninggal dunia kena ‘kuruyuk’
Cubaan seludup minyak masak, seorang lelaki ditahan di Lahad Datu
Baru dia tau! Kes pecah masuk stesen minyak dan kedai elektrik, saturang buruh kasar ditahan di KK