Seorang anggota PPM Sandakan menunjukkan telur penyu dan minyal petrol yang dirampas dalam operasi semalam
Oleh Kahar Ali
SANDAKAN : Pasukan Polis Marin (PPM) di sini telah mematahkan cubaan menyeludup 4,000 biji telur penyu untuk dipasarkan kepada orang awam di kawasan Sungai Batu 7, semalam.
“Juragan bot yang juga disyaki pemilik telur penyu itu bertindak melarikan diri apabila menyedari kehadiran botronda PPM sehingga terkandas di kawasan cetek dan gagal untuk mengesan saspek tersebut,” kata Komander PPM Sabah ACP Haji Mohamad Pajeri Ali.
Dalam kejadian jam 6.20 petang, telur penyu dianggarkan bernilai RM7,200 itu ditemui didalam bot laju yang terkandas di kawasan cetek sungai berkenaan, kata Mohamad Pajeri.
Dalam operasi, masa dan kawasan yang sama, PPM Sandakan juga telah berjaya menahan sebuah lagi bot laju yang lain dengan muatan minyak petrol sebanyak 7 jeriken yang cuba diseleweng keluar daripada Sandakan menggunakan bot fiber, tambah beliau.
Menurut Mohamad Pajeri, juragan bot fiber tersebut berjaya melarikan diri bila menyedari kehadiran pihak berkuasa pada ketika itu.
Barang rampasan terdiri daripada 4000 biji telur penyu, 2 buah speed bot, 1 unit enjin 15 HP, 2 unit enjin 40 HP dan 7 tong berisi 175 liter minyak petrol. Nilai keseluruhan rampasan berjumlah RM42,564, katanya lagi.
Semua rampasan dibawa ke Markas Operasi PPM Sandakan bagi proses dokumentasi sebelum rampasan telur penyu diserahkan kepada Jabatan Hidupan Liar Sandakan dan minyak petrol diserah kepada KPDNHEP untuk tindakan lanjut, kata Mohamad Pajeri.

More Stories
Pelajar asrama Kolej Vokasional Lahad Datu meninggal dunia kena ‘kuruyuk’
Cubaan seludup minyak masak, seorang lelaki ditahan di Lahad Datu
Baru dia tau! Kes pecah masuk stesen minyak dan kedai elektrik, saturang buruh kasar ditahan di KK