Chan (5 dari kiri) dengan tetamu lain memotong reben untuk menandakan pembukaan rasmi premis New Tech Furniture dan Wimura.
Oleh: Nio James
PENAMPANG: Pembukaan rasmi New Tech Furniture Sdn Bhd dan Wimura Sdn Bhd premis Premium ITCC, di sini hari, hari ini.
Ia dirasmikan oleh Anggota Parlimen Kota Kinabalu, Chan Foong Hin yang diiringi oleh Datuk Cha Hoo Peng, Timbalan Presiden Majlis Perabot Malaysia.
Diadakan di ITCC Penampang, perasmian premis perabot yang memenangi anugerah perabot dihadiri Presiden Persatuan Perabot Sabah Sharon Tsang Siu Lan.
Turut hadir pada majlis tersebut ialah Sii Sii Kuok, Pengarah New Tech Furniture Sdn Bhd; Wah Keng Chung dan Susan Tan So Thien, Pengarah Wimura Sdn Bhd; Samuel Sii Ung Jie Pengurus New Tech Furniture Sdn Bhd dan John Liew Tze Yung Pengarah Wimura Sdn Bhd.

Mereka menyertai tetamu kehormat pada majlis memotong reben untuk meyempurnakan pembukaan rasmi premis tersebut.
Sebelum majlis memotong reben, persembahan tarian Singa diadakan untuk menandakan acara yang meriah serta menghiburkan tetamu dan hadirin.
Bersempena dengan majlis perasmian itu pelanggan New Tech Furniture dan Wimura diberikan diskaun khusus untuk pembelian barangan terpilih.
Pelanggan hari ini mempunyai pilihan perabot dan peralatan elektrik dari barangan berjenama hingga produk yang berpatutan.

Dengan premis di Labuan, Menggatal, Putatan dan Dongonggon, mereka berhasrat memberikan perkhidmatan pelanggan “Satu kedai untuk semua kediaman” dengan ketersediaan produk dalam setiap premis.
Syarikat itu juga mengambil pesanan dalam talian selaras dengan trend pasaran semasa.

More Stories
Cradle Open Day 2024 Tingkat Inovasi Dan Pertumbuhan Ekosistem Startup Di Sabah
Hutang Isi Rumah Negara Berjumlah RM1.53 Trilion
Harga petrol, diesel kekal