NANNING, China: Penyertaan delegasi Malaysia dalam Ekspo ASEAN ke-16 China (CAEXPO) 2019 di Nanning, Guangxi, China bermula padahari Jumaat (20.9.19).
Pavillion Malaysia dilancarkan oleh Menteri Perdagangan Antarabangsa dan Industri Malaysia, Datuk Darrel Leiking bersama antara lain, Timbalan Ketua Menteri Sabah merangkap Menteri Perdagangan dan Industri Sabah, Datuk Seri Panglima Wilfred Madius Tangau.

Sebanyak 167 syarikat Malaysia termasuk 17 dari Sabah mengambil bahagian dalam acara tahunan itu yang akan berakhir pada hari Selasa.
Tangau berkata, “Selain dari CAEXPO, saya mengetuai pasukan kita untuk melawat beberapa taman berkaitan perindustrian.

Nanning boleh menjadi contoh yang baik untuk kita melangkah ke hadapan di Sabah.
“Perhubungan multimodal, contohnya, yang dilakukan oleh Taman Logistik Antarabangsa China-Singapura, boleh ditiru di sepanjang Selat Lombok-Makassar melalui kerjasama antara kerajaan dan kerajaan, antara perniagaandan perniagaan.

“Pasukan ini juga mengadakan mesyuarat dua hala dan lawatan antara lain ke Biro Perdagangan Perbandaran Nanning, Taman Perindustrian Qinzhou China-Malaysia, dan China Datang Corporation.
Madius membawa bersama dua Pembantu Menteri Perdagangan dan Perindustrian Sabah, Ben Chong dan Azhar Datuk Matussin, serta Ketua Pegawai Eksekutif dari POIC Lahad Datu, Datuk Dr Pang Teck Wai, Melvin Disimond dari KKIP Sabah, Dr Jane Samil dari SOGDC dan Timbalan Setiausaha Tetap Kementerian Perdagangan dan Perindustrian Sabah, Tseu Kei Yue.

More Stories
Cradle Open Day 2024 Tingkat Inovasi Dan Pertumbuhan Ekosistem Startup Di Sabah
Hutang Isi Rumah Negara Berjumlah RM1.53 Trilion
Harga petrol, diesel kekal