Seorang anggota PPM Tawau menunjukkan ubat-ubatan yang dirampas pada hari Ahad
Oleh Ahmad Tamrin
TAWAU : Pasukan Polis Marin (PPM) di sini yang menjalankan tugas ‘Op Gelora’ dengan menggunakan Botronda PAC di kawasan perairan Laut CIQ Lama telah menjumpai kotak-kotak yang ditinggalkan diatas Jeti CIQ Lama dalam keadaan mencurigakan pada jam 11.30 pagi Ahad.
Komander PPM Sabah, ACP Hj Mohamad Pajeri Ali berkata, semasa anggota PPM sedang membuat rondaan di perairan CIQ Lama tersebut telah terlihat beberapa kotak yang ditinggalkan di atas jeti dalam keadaan mencurigakan.
“Hasil pemeriksaan ke atas kotak-kotak tersebut mengandungi sejumlah ubat-ubatan seperti HPA Malac 20 botol (1 botol berisi 75 kapsul), HPA Kapsul Gamat botol (1botol berisi 30 kapsul), HPA Herba Pelawas 160 botol (1 botol 75 kapsul), HPA Mengkudu 130 botol (1 botol 75 kapsul), HPA Kapsul Pendingin 80 botol (1 botol 60 kapsul), HPA Herba Tuju Angin 140 botol (1 botol 75), HPA HB 120 botol (1 botol 60 kapsul) dan HPA Paramaria Plus 30 botol (1 botol 75 kapsul)”, tambah beliau.
Ketika pemeriksaan dijalankan tiada pemilik atau individu yang tampil untuk mengakui barang-barang berkenaan miliknya dan kesemua barang-barang tersebut dirampas dan dibawa ke Pangkalan PPM Tawau untuk tindakan selanjutnya, katanya lagi.
Keseluruhan nilai barang rampasan berjumlah RM 41,850 dan akan diserah ke Jabatan Farmasi, Kementerian Kesihatan Malaysia Bahagian Sabah untuk tindakan selanjutnya. Kes akan disiasat di bawah Akta Farmasi 1951, kata Mohamad Pajeri.

More Stories
Pelajar asrama Kolej Vokasional Lahad Datu meninggal dunia kena ‘kuruyuk’
Cubaan seludup minyak masak, seorang lelaki ditahan di Lahad Datu
Baru dia tau! Kes pecah masuk stesen minyak dan kedai elektrik, saturang buruh kasar ditahan di KK