PENGHARGAAN…Madius (3 dari kiri) menerima cenderakenangan daripada Zainab (2 dari kanan).
Oleh: Nio James
KOTA KINABALU: Kerajaan Negeri telah membuat keputusan untuk mewujudkan Pusat Inovasi, Kreatif dan Ekonomi yang akan di letakkan dibawah urus tadbir Taman Perindustrian Kota Kinabalu (KKIP).
Timbalan Ketua Menteri, Datuk Seri Panglima Wilfred Madius Tangau berkata, pusat itu mempunyai dua fungsi iaitu menerima segala masalah dan cabaran.
“Ini adalah cetusan idea yang diperolehi daripada Korea Selatan yang telah melaksanakan pusat itu disetiapwilayah negara itu,” katanya.
Beliau berkata demikian kepada pemberita selepas merasmikan Program Alumni Professional Talk: Our Proud Alumni @ PolyCC Zon Sabah 2019, di Hotel Pan Borneo, Putatan dekat sini, semalam.
“Kita dapati bahawa pusat ini menjadi pusat yang mengeluarkan pelbagai produk yang berjaya menyelesaikanbanyak masalah dan cabaran-cabaran ekonomi negara itu.
“Pada masa yang sama melahirkan usahawan-usahawan yang berjaya,” katanya.
Madius berkata, syarikat-syarikat besar di Korea juga mendapat produk-produk dan inovasi daripada pusat itu dan ditokok tambah dengan pelbagai penyelidikan dan diperbaiki dan diperhalusi produk-produk tesebut.
“Kita akan laksanakan ini dalam masa yang tedekat, dan pasukan saya daripada Kementerian Perdagangan dan Perindustrian akan sekali lagi ke Korea untuk melihat dan memperincikan lagi urus tadbirnya dan kita akan buat selewat-lewatnya Januari tahun depan.
Jadi ini yang kita akan buat, kita akan berkolobrasi bukan sahaja dengan instutisi-institusi pendidikan sekitar KKIP malah seluruh negeri Sabah dan juga persatuan-persatuan belia,” katanya.
Madius, yang juga Menteri Perdagangan dan Perindustrian berkata, pusat itu kelak akan berkreativiti dan menghasilkan produk untuk dibekalkan kepada para usahawan dan syarikat-syarikat untuk dipasarkan.
“Kita juga akan menempatkan orang-orang daripada institusi kewangan untuk membuat pelan perniagaan serta peguam untuk mendapatkan IP dan sebagainya,” katanya.
Madius berkata, kementeriannya telah mengenalpasti tempat pusat itu adalah sesuai dan kondusif untuk berkreatif dan berinovasi.
“Pusat ini juga menerima masalah-masalah untuk diselesaikan menerusi inovasi dan kreativiti,” katanya.
Menyentuh Program Alumni Professional Talk: Our Proud Alumni @ PolyCC Zon Sabah 2019, Madius berkata, program itu perlu diteruskan kerana alumnai boleh membuat perkongsian mereka tentang pengalaman-pengalaman mereka sebagai seorang graduan, ada yang sudah terlibat dalam bidang perniagaan, keusahawanan dan ada yang sudah bekerja dan sebagainya.

More Stories
UMS Pacu Kampus Lestari Melalui Program Tanam Pokok @ FKJ
Warga UMS Jayakan ‘Jom Baca’ dan Pelancaran Kapsul Masa Digital 2035
Pengurusan makanan dan amalan pengilangan baik penentu kualiti industri makanan negara