AKDAN: RAKYAT PERLU SEDAR HASIL PERJUANGAN HINGGA MENCAPAI KEMERDEKAAN

Wakil SK Salimandut menerima Jalur Gemilang daripada Akdan

Oleh Aissac Bjsim

KOTA MARUDU: Pegawai Pendidikan Daerah PPD Kota Marudu Datu Akdan Datu Basran berkata,  generasi hari ini perlu sedar bahawa  apa juga rezeki yang melimpah ruas  yang dikecapi selama ini  merupakan  hasil usaha  daripada  perjuangan para pemimpin Negara kita semasa dan selepas kemerdekaan.

Akdan berkata pada majlis penutupan sambutan Hari Malaysia yang bertemakan Sayangi Malaysiaku, Malaysia Bersih yang diadakan  di astaka padang SK Tanjung Batu lebih kurang 60 kilomenter dari sini dan dari tempat berlepas di SK Tigaman. 

“Generasi hari ini perlu sedar bahawa segala rezeki dan kejayaan merupakan hasi usaha dari perjuangan para pemimpin negara kita. Kita perlulah belajar dari sejarah khususnya dari mula tanah air kita dijajah sehinggalah mencapai kemederkaan dan kita mampu memerintah sendiri sebagai sebuah negara yang merdeka.

“Dengan menghayati arus sejarah dan semangat perjuangan menuntut kemerdekaan maka kita akan dapat melakar satu hala tuju yang boleh membawa kepada satu kemajuan dalam semua aspek socio budaya dan socio-ekonomi masyarakat kita,” Katanya.

Antara acara menarik yang diadakan pada sambutan ini ialah penyertaan 80 buah kereta dan 10 buah motosikal berkuasa tinggi yang berkonvoi sejauh 60 kilometer bermula dari SK Tigaman sampailah ke SK Tanjung Batu.

Beberapa sekolah yang dilalui konvoi ini yang turut memberikan sokongan telah menerima Jalur Gemilang yang diserahkan sedniri oleh Akdan. Antara sekolah yang dilalui ialah SMK Bengkongan, SMK Langkon, SK Tagaraoh dan menyimpang masuk ke kawasan Kg. Panaitan dan disambut oleh pelajar SK Panaitan, memasuki jalan melalui SMA Goshen, SK Simpangan, SK Mosolog, SK Salimandut, SMK Tandek, SK Teritipan, SMK Tandek II dan berakhir di  SK Tanjung Batu.

Hadir sama  Ketua Majlis Guru besar daerah   Georgh Elang , Majlis Pengetua daerah Halim Bidin, Pegawai Penerangan Daerah, guru-guru besar, pelajar  kem  wawasan Kundasang  serta lebih 200 hadirin, majlis diserikan lagi dengan persembahan nyanyian dan pentomin pelajar dari tuan rumah  Sk Tanjung Batu, serta deklamasi sajak oleh Pengetua cemerlang SMK Kota Marudu II, Haji Marmoh Kasman.