Peserta lelaki veteran Ruston, (tengah) diapit Janinus , Derus, dan tiga pemenang lain
Oleh Aisacc Bjsim
KOTA MARUDU: Para pelari jarak jauh Sabah mendominasi larian 10K SMK Kota Marudu 2019 sempena sambutan ulang tahun sekolah itu yang diadakan Sabtu lalu.
Larian yang disertai hampir 600 atlit yang datang daripada beberapa daerah itu merupakan satu usaha sekolah untuk mengutip dana bagi membina sebuah dewan terbuka.
Pelari kelahiran Kg. Talamason, Ruston Masri, 44, menjuarai kategori lelaki veteran dengan catatan masa 40:14:23 diikuti oleh Janius Anak dari Matunggong dengan catatan masa 41:14:30 manakala Derus Dahi, pelari dari Bintasan di tempat ketiga dengan catatan masa 42:36:49

Dalam kategori wanita veteran, pelari Epang Sarawi, 45 dari Kg Bintasan menjuarai dengan catatan masa 53:53:04 diikuti oleh Ernisa dari kampong Lampada dengan catatan masa 55:05:07 manakala tempat ketiga dengan catatan masa 55:11:01 dimenangi oleh Afrina Rikin.
Bagi kategori pelajar lelaki pula, pelari yang baru muncul, Kelvin Koniel dari Tandek menjuarai dengan catatan masa 37:49 diikuti oleh Taufik dari Kota Marudu dengan catatan masa Taufik 37:55 dan tempat ketiga dimenangi olejh pelajar SMK Bandau Andy Sitong dengan catatan masa 38:21.

Dalam pada itu, bagi kategori lelaki terbuka pula Danver Lesius dari Kg Lampada mengungguli kategori ini dengan catatan masa 41:35 dan merupakan catatan masa terbaik bagi dirinya secara peribadi. Tempat kedua dimenangi oleh Kris Lan dari Tandek dengan catatan masa 42:05 manakala pelari dari Lotong, Frenky Paulus, ditempat ketiga dengan catatan masa 42:35.

Bagi kategori pelajar perempuan, pelari SMK Bandau Suzianah Mil mencatat masa terpantas 46:20 menewaskan rakan sepasukanya Elyza Lai Nyuk Len ditempat kedua dengan catatan masa 4 8:23 dan ketiga dimenangi adik Michelle Gollip dengan masa 49:13.

Para pemenang bagi semua kategori menerima hadiah berjumlah RM300 bagi johan, naib-johan RM200 dan temlat jketiga RM150. 17 peserta lain telah menerima hadiah sagu hati.
Hadiah-hadiah tersebut telah disam;aikan oleh Pengetua SMK Kota Marudu Faridah Raimin dan YDP PIBG / Alumni Jaiping Minsu, Timbalan Pengerusi Alumni SMK Kota Marudu Robert Gampawi, Timbalan YDP PIBG Luna Moon Mairon dan juga Pegawai Perhubungan PDRM Sekolah ASP Zulpakar Abdullah.

More Stories
Pasukan Tommy Hardware juara Pertandingan Open Double Dart Challenge
Izzuddin-Sze Fei cipta kejutan ke final BAC
Belum ada keputusan rasmi pengisian slot pemain import terbaharu – Kim Swee