MADIUS: MARI TERUS HIDUPI RUKUNEGARA

PEMENANG … Madius menyampaikan hadiah kepada insan kelainan upaya yang menyertai salah satu pertandingan pagi tadi

KIULU: Setiap warga Malaysia di Sabah dihimbau untuk terus menghidupi Rukun Negara demi kesinambungan kemakmuran dan kemerdekaan negara.

Timbalan Ketua Menteri, Datuk Seri Panglima Wilfred Madius Tangau berkata, lima prinsip ideologi itu yang diproklamasikan untuk negara pada 1970 adalah pedoman jitu agar Malaysia kekal aman, damai dan progresif.

“Rukun Negara adalah ideologi yang wajar kita hidupi. Mari muhasabah diri, periksa diri kita masing-masing, apakah kita mengamalkan semua itu sejak bulan kemerdekaan setahun lalu.

PATRIOTIK … Madius bersama beberapa insan kelainan upaya dalam majlis itu pagi tadi.

“Kita hidupi Rukun Negara agar wujud perpaduan, keharmonian, demokrasi sekaligus menyumbang kepada kemakmuran serta kekukuhan ekonomi kita,” kata beliau semasa merasmikan Merdeka@Komuniti anjuran Jabatan Penerangan Tuaran di sini pagi kelmarin.

Tema tahun ini: Sayangi MalaysiaKu menggesa kita merenungkan susur galur kehidupan kita sejak bulan kemerdekaan setahun lalu.

“Sudahkah kita menyumbang kepada negara kita berlandaskan Rukun Negara?” tanya beliau, sambil menambah, sub-tema pula, yakni; Malaysia Bersih membawa kita satu dasar pelan tindakan untuk mencapai wawasan negara.

“Semua itu bermula daripada diri kita sendiri, dalam keluarga, komuniti sehinggalah keperingkat yang lebih besar. Setiap kita wajib memainkan peranan masing-masing, Sayangi MalaysiaKu,” tegas Madius yang juga merupakan Menteri Perdagangan dan Perindustrian Sabah.

MADIUS (tengah) bersama Sofian dan para pemimpin tempatan ketika menyanyikan lagu Malaysia Bersih.

Beliau menyelar rakyat Malaysia yang sengaja berkelakuan melanggar Rukun Negara sehingga membantutkan kemajuan negara.
Beliau menambah, kita menjadi penghalang kewujudan kemakmuran apabila kita melanggar undang-undang, dasar atau halatuju Kerajaan.
“Kita juga harus bertanya, apakah kita sudah menggunakan sains dan teknologi untuk lebih maju?,” tanya beliau.

Madius kemudian menyampaikan hadiah untuk pelbagai pertandingan keceriaan bulan Kebangsaan, keceriaan kedai dan pertandingan fotografi.
Turut hadir pengerusi penganjur yang juga Pegawai Daerah Tuaran, Mohd Sofian Alfian Nair, ADO Tamparuli Joseph Bangguan dan para pemimpin masyarakat.

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *