Lelaki Hilang Dua Hari Lepas Ditemui Mati

Mangsa yang sedang dibawa keluar dari Sungai oleh Pasukan Bomba, APM untuk dibawa ke hospital untuk dibeda siasat.

Oleh: Aissac Bjsim

KOTA MARUDU: Seorang lelaki Bajau Sama yang dilapurkan  hilang  dua hari lepas akhirnya ditemui mati oleh  penduduk  kampung   pada pagi Khamis.

Ketua Pegawai   Angkatan Pertahanan Awam Malaysia PBT(PA)  daerah Kota Marudu Lt. (PA) Nazura Binti Sabran berkata, mangsa  dikenali sebagai  Anika  Takoi 29 tahun dari kampung Popok Laut  dilapurkan hilang.

Ops SAR Bomba dan APM dikawasan Kuala Sungai Popok Laut pencarian mangsa. Mangsa ditemui mati pada pagi Khamis.

Mangsa dikatakan telah keluar rumah untuk menjala udang  seorang diri pada 4.00 petang  pada hari dia dilapurkan hilang dan dikhuatiri lemas,

Katanya berdasarkan lapuran oleh seorang ahli keluarga mangsa  Saridah Binti Sarul, pada jam 8.46 pagi hari berikutnya 2 Okteber, satu pasukan  khas telah dibentuk oleh tiga agensi iaitu terdiri daripada Polis, JBPM dan APM serta RELA, Ops SAR   dengan kekuatan 38 orang anggota dan pegawai  serta orang kampung telah mencari dan menyelamat namun gagal menemui mangsa.

Katanya lagi, pada hari pertama  usaha mencari dan menyelamat gagal,  hanya pendayung   ditemui kira kira 200 meter dari perahu  tempat mangsa dilapurkan menjala udang iaitu berdekatan  rumpun buluh dikuala  sunagi Popok Laut.

Menurutnya pada hari kedua Op SAR dijalankan pasukan mencari dan menyelamat dibahagikan  kepada dua pasukan  bagi melakukan pencarian sekitar 500-1,000 meter sekitar  mangsa dipercayai hilang.

Katanya,  dua buah bot  penyelamat  JBPM dan APM  mengambil  bahagian dalam usaha mencari dan akhirnya  mangsa ditemui penduduk kira kira jam 8.30 pagi dan  Operasi tamat  pada jam 9.00 pagi.

Mangsa kemudianya diserahkan kepada pihak hospital  untuk proses pengecaman dan  bedah siasat.