Mangsa yang sedang dibawa keluar dari Sungai oleh Pasukan Bomba, APM untuk dibawa ke hospital untuk dibeda siasat.
Oleh: Aissac Bjsim
KOTA MARUDU: Seorang lelaki Bajau Sama yang dilapurkan hilang dua hari lepas akhirnya ditemui mati oleh penduduk kampung pada pagi Khamis.
Ketua Pegawai Angkatan Pertahanan Awam Malaysia PBT(PA) daerah Kota Marudu Lt. (PA) Nazura Binti Sabran berkata, mangsa dikenali sebagai Anika Takoi 29 tahun dari kampung Popok Laut dilapurkan hilang.

Mangsa dikatakan telah keluar rumah untuk menjala udang seorang diri pada 4.00 petang pada hari dia dilapurkan hilang dan dikhuatiri lemas,
Katanya berdasarkan lapuran oleh seorang ahli keluarga mangsa Saridah Binti Sarul, pada jam 8.46 pagi hari berikutnya 2 Okteber, satu pasukan khas telah dibentuk oleh tiga agensi iaitu terdiri daripada Polis, JBPM dan APM serta RELA, Ops SAR dengan kekuatan 38 orang anggota dan pegawai serta orang kampung telah mencari dan menyelamat namun gagal menemui mangsa.
Katanya lagi, pada hari pertama usaha mencari dan menyelamat gagal, hanya pendayung ditemui kira kira 200 meter dari perahu tempat mangsa dilapurkan menjala udang iaitu berdekatan rumpun buluh dikuala sunagi Popok Laut.
Menurutnya pada hari kedua Op SAR dijalankan pasukan mencari dan menyelamat dibahagikan kepada dua pasukan bagi melakukan pencarian sekitar 500-1,000 meter sekitar mangsa dipercayai hilang.
Katanya, dua buah bot penyelamat JBPM dan APM mengambil bahagian dalam usaha mencari dan akhirnya mangsa ditemui penduduk kira kira jam 8.30 pagi dan Operasi tamat pada jam 9.00 pagi.
Mangsa kemudianya diserahkan kepada pihak hospital untuk proses pengecaman dan bedah siasat.

More Stories
Malaysia satu-satunya negara Asean tak catu bekalan bahan api
Senarai nama calon KP SPRM telah dipersembah kepada Agong
UMS Pacu Kampus Lestari Melalui Program Tanam Pokok @ FKJ