Rombongan PEMASSA yang diketuai James (dua kanan) bersama Kasim semasa kunjungan kehormat
BELURAN : Ahli Jawatankuasa Persatuan Media Sandakan Sabah (PEMASSA) melakukan kunjungan hormat terhadap Ketua Polis Daerah Beluran, Supt. Kasim Muda di Ibu Pejabat Polis Daerah (IPD) Beluran.
Kunjungan itu diketuai Pengerusi PEMASSA, James Leong.
Hadir sama, Timbalan Pengerusi PEMASSA, Yusop Teppo, Setiausaha PEMASSA, Mardinah Jikur dan dua Ahli Jawatankuasa PEMASSA, Saziri Ibin dan Arjasneh Ahmad bersama Ahli PEMASSA, Iswadiman Shamsudin.
James berkata, kunjungan antara lain mewujudkan kerjasama antara IPD Beluran dan Media Sandakan selain berkenalan dengan lebih lanjut bersama Kasim yang juga baharu beberapa bulan bertugas sebagai Ketua Polis Daerah itu di Beluran, menggantikan Mantan Ketua Polis Daerah Beluran, Supt. Sivanathan R.Velautham yang berpindah ke ESSCOM.
Kasim dalam pada itu, menghargai peranan media khasnya menyampaikan maklumat terkini dan sahih kepada masyarakat.
Beliau juga menggalakkan kerjasama masyarakat dan terus menyalurkan apa sahaja maklumat berkenaan isu dan kes jenayah dikawasan mereka.

More Stories
Malaysia satu-satunya negara Asean tak catu bekalan bahan api
Senarai nama calon KP SPRM telah dipersembah kepada Agong
UMS Pacu Kampus Lestari Melalui Program Tanam Pokok @ FKJ