DUA CEDERA DALAM KEMALANGAN JALANRAYA DI LAHAD DATU

Kebakaran di kilang pemprosesan minyak di POIC Lahad Datu hari ini

Oleh Faizal Rahman

LAHAD DATU : Dua orang lelaki cedera selepas lori 10 tan yang dinaiki mereka melanggar belakang lori 30 tan yang membawa muatan kelapa sawit di Jalan Sabahan kira-kira 34 KM dari sini tengahari tadi.

Balai Bomba dan Penyelamat Lahad Datu menerima panggilan kecemasan pada jam 12.35 tengahari melalui MERS999.

Sebuah jentera yang diketuai oleh PBK II Asmori Dahhiarsyah, bersama 6 orang anggota telah respon ke tempat kejadian.

Terdapat 2 orang mangsa terlibat di mana seorang mengalamai kecederaan ringan telah keluar sendiri sebelum jentera tiba dan seorang lagi daripada lori 10 tan tersebut tersepit dan mengalami cedera parah telah dikeluarkan oleh pasukan Bomba. 

Seterusnya kedua-dua mangsa dihantar ke hospital oleh pihak Ambulans untuk mendapatkan rawatan lanjut. 

Dalam kejadian berasingan 6.3 KM dari sini hari ini, satu kebakaran telah berlaku di sebuah kilang pemprosesan minyak di POIC Lahad Datu membabitkan mesin siklon yang terbakar 15%.

Pasukan Organisasi Keselamatan Kebakaran kilang tersebut telah bertindak awal untuk memadam kebakaran sebelum ketibaan pasukan bomba.

Setiba di lokasi Pasukan Bomba telah mengambil alih untuk memadam dan mengawal kebakaran tersebut. Operasi terkawal pada 11.47 pagi dan tamat pada jam 12.30 tengahari. Tiada kecederaan dan kemalangan jiwa dilaporkan.