Rukimin Sulit (duduk empat kiri) bersama Ajk selepas mesyuarat akhir pengelolaan kelmarin
TELUPID: SMK Telupid sudah bersedia untuk mengelolakan Jambori Berbasikal Mountain Bike (MTB) Persatuan Sukan, Kebudayaan Perkhidmatan Pendidikan (PSKPPS) Peringkat Negeri Sabah 2019.
Acara tersebut bakal berlangsung di daerah Telupid pada 26 Oktober ini, demikian dinyatakan oleh Rukimin Sulit yang juga Pengetua SMK Telupid merangkap Pengerusi penganjur di sini kelmarin.
Beliau berkata jambori itu akan di bahagikan kepada 4 kategori iaitu Fun Ride yang mana terbuka kepada semua, kategori Lelaki Senior, Lelaki Veteran dan Terbuka Wanita.
Seramai 142 orang peserta dari seluruh daerah telah pun mendaftar yang terdiri daripada 132 orang peserta lelaki manakala 13 orang peserta wanita, katanya lagi.
Rukimin berkata bahawa semua peserta akan melalui 36 KM bagi kategori Lelaki, 31 KM bagi kategori Wanita dan 22 KM bagi kategori Fun Ride meliputi jalan raya berturap dan jalan berbatu.
Ketua Penolong Pengarah Kanan Sektor Pembangunan Murid Jabatan Pendidikan Negeri Sabah Datu Roslin Datu Siabuk akan melakukan pelepasan seawal pukul 7.00 pagi dan seterusnya menyampaikan hadiah kepada pemenang.

More Stories
Pasukan Tommy Hardware juara Pertandingan Open Double Dart Challenge
Izzuddin-Sze Fei cipta kejutan ke final BAC
Belum ada keputusan rasmi pengisian slot pemain import terbaharu – Kim Swee