Oleh Ahmad Tamrin
TAWAU : Pihak polis di sini telah berjaya mencatat beberapa kejayaan dengan penangkapan saspek yang membabitkan kes-kes pecah rumah, pecah amanah jenayah oleh pembawa, perjudian haram dan menggunakan kekerasan jenayah bagi menghalang anggota polis daripada menjalankan kewajipannya.
Ketua Polis Daerah ACP Peter Umbuas telah mengadakan sidang media di Ibu Pejabat Polis Daerah Tawau pada petang hari Selasa. Turut hadir pegawai-pegawai kanan dari Bahagian Siasatan Jenayah Daerah.
KUMPULAN PECAH RUMAH TUMPAS
Lapan lelaki berumur 19 hingga 47 tahun yang terdiri dari tujuh rakyat tempatan dan seorang warga Indonesia di beberapa lokasi dan tarikh berasingan bermula dari Okt 2.
Turut dirampas dari saspek ialah peralatan pecah rumah,beberapa buah telefon bimbit, sebuah kenderaan pacuan empat roda dan tiga buah kenderaan jenis Saloon yang dipercayai digunakan saspek untuk melakukan jenayah.
Kesemua saspek ditahan reman untuk siasatan dibawah Seksyen 457 Kanun Keseksaan. Beberapa saspek didapati mempunyai rekod kesalahan jenayah pecah rumah dan curi serta terlibat dalam penyalahgunaan dadah. Tiga daripada mereka didapati positif dadah jenis syabu.
Pihak polis percaya mereka berjaya menyelesaikan 10 kes pecah rumah curi peti besi dan sarang burung dengan anggaran kerugian berjumlah lebih RM 100,000.
Ketua kumpulan iaitu seorang lelaki berumur 39 tahun yang belum ditangkap, dipercayai masih berada di negeri ini dan polis sedang giat memburu dia.
Dalam kes berasingan, tiga saspek berumur 36 hingga 39 tahun ditangkap polis di tiga buah rumah di Taman Bintang, Batu 3 Jalan Apas awal pagi Selasa bersabit kes pecah masuk sebuah premis perniagaan di Bintang Garden Commercial yang berlaku Okt 13.
Pasukan polis merampas sebuah komputer riba, 15 kotak cecair vape dan sebuah telefon bimbit ekoran penahanan tiga lelaki tempatan dimana dua dari mereka didapati positif dadah jenis syabu.
TANGKAPAN PERJUDIAN HARAM
Seramai 185 individu ditahan dalam 76 serbuan yang dilakukan polis di lokasi berasingan daerah ini untuk membanteras aktiviti perjudian haram bermula bulan Januari hingga Oktober tahun ini. Dari 185 yang diperiksa hanya 105 didapati terlibat dalam aktiviti perjudian haram.
PECAH AMANAH JENAYAH OLEH PEMBAWA
Seramai 11 lelaki yang terdiri dari 7 rakyat tempatan dan 4 warga asing berumur 19 hingga 51 tahun ditahan pada Okt 5 dan Okt 7 disyaki terlibat dalam kes pecah amanah jenayah membabitkan penjualan minyak diesel.
Saspek termasuk dua pemandu lori tangki dan dua kalendan yang diamanahkan oleh majikan untuk menghantar minyak diesel berjumlah 24,000 liter ke sebuah kilang papan lapis di Sungai Umas-Umas , Kalabakan pada Okt 5.
Pihak kilang menyedari kekurangan minyak diesel sebanyak 2,332 liter selepas mendapati diesel yang diterima hanya 21,668 liter. Saspek disyaki telah menjual minyak tanpa izin majikan dan dipercayai telah melakukan aktiviti itu selama tiga bulan. Anggaran kerugian RM5,293.
Kesemua saspek ditahan reman untuk siasatan di bawah Seksyen 407 Kanun Keseksaan iaitu kesalahan melakukan pecah amanah jenayah oleh pembawa.
ANGGOTA POLIS CEDERA DIPUKUL SEMASA CUBA MELERAIKAN PERGADUHAN
Seorang anggota polis cedera di bahagian kepala selepas ditumbuk dan dipukul menggunakan kerusi semasa cuba meleraikan pergaduhan sekumpulan individu di sebuah premis makan di Taman Setia, Jalan Chong Tien Vun pada Ahad.
Anggota polis berumur 27 tahun telah respon selepas menerima maklumat daripada orang awam berhubung kejadian tersebut. Sebaik sahaja tiba di lokasi beliau dipukul seorang lelaki menggunakan kerusi sebelum beberapa individu lain bertindak menumbuknya.
Saspek hanya melarikan diri apabila melihat beberapa anggota polis tiba di situ. Ekoran kejadian itu, tiga lelaki berumur 22 hingga 46 tahun ditangkap dan siasatan terhadap saspek yang terlibat mendapati pergaduhan berpunca dari akibat mabuk.
Ketiga-tiga saspek ditahan reman selama empat hari bermula hari Isnin dibawah Seksyen 353 Kanun Keseksaan kerana menggunakan kekerasan jenayah bagi menghalang anggota polis daripada menjalankan kewajipan
Difahamkan video pergaduhan selama 0.29 saat telah tular di sosial media yang memaparkan beberapa individu bertumbuk sehingga terjatuh ke lantai sebuah restoran.

More Stories
Pelajar asrama Kolej Vokasional Lahad Datu meninggal dunia kena ‘kuruyuk’
Cubaan seludup minyak masak, seorang lelaki ditahan di Lahad Datu
Baru dia tau! Kes pecah masuk stesen minyak dan kedai elektrik, saturang buruh kasar ditahan di KK