Oleh Kahar Ali
BELURAN: Anggota Pasukan Gerakan Am (PGA) Batalion 20 berjaya menahan seorang wanita tempatan yang cuba menyeludup rokok dan arak di Road Checkpoint (RCP) KM 4 Jalan Sapi-Nangoh pada hari Selasa.
Pegawai Memerintah Batalion 20 ACP Mohd Nasaruddin M. Nasir berkata sepasukan anggota PGA Batalion 20 yang menjalankan tugas di RCP telah menahan sebuah kereta Perodua Kancil yang dipandu oleh seorang wanita tempatan berumur 34 tahun pada jam 11.30 pagi.

Hasil pemeriksaan yang dilakukan berjaya menemui 100 bungkusan rokok jenama Astro Merah, 100 bungkusan rokok jenama Apache, 120 tin minuman keras jenama Tiger, 36 botol minuman keras Gold Medal Anggur and 60 botol minuman keras Gold Rice Wine, tambah Mohd Nasaruddin.

Jumlah nilai kesemua rampasan termasuk kereta Perodua Kancil dianggarkan RM 15, 322, tambah beliau.
Saspek bersama rampasan dibawa ke Ibu Pejabat Polis Daerah Beluran untuk tindakan lanjut. Siasatan dijalankan dibawah Seksyen 135 (1)(D) Akta Kastam 1967, kata Mohd Nasaruddin.

More Stories
Pelajar asrama Kolej Vokasional Lahad Datu meninggal dunia kena ‘kuruyuk’
Cubaan seludup minyak masak, seorang lelaki ditahan di Lahad Datu
Baru dia tau! Kes pecah masuk stesen minyak dan kedai elektrik, saturang buruh kasar ditahan di KK