Oleh Ahmad Tamrin
SEMPORNA : Pasukan Polis Marin (PPM) di sini telah berjaya menyekat dan menahan sebuah pam bot selepas berlakunya kejar-mengejar di kawasan laut Singgamata semalam.
Sebuah botronda PPM Semporna semasa menjalankan satu operasi telah mengesan sebuah pam bot yang mencurigakan dan berlakunya kejar mengejar antara bot PPM serta pam bot berkenaan pada jam 10.30 malam.
Komander PPM Sabah, ACP Hj. Mohamad Pajeri Ali, berkata seramai dua orang saspek lelaki dan wanita yang berada di dalam pam bot berkenaan telah membawa ubat-ubatan yang menyalahi undang-undang.
Menurutnya, ketika kejadian kejar mengejar antara PPM dan saspek, PPM berjaya menahan pam bot berkenaan dan mendapati terdapat seorang saspek wanita warganegara yang berumur 56 tahun manakala jurugan lelaki pam bot berkenaan berjaya melarikan diri dengan cara terjun ke dalam laut.
Selain itu, ketika pihak polis cuba mencari juragan tersebut namun tidak menjumpai sekitar kawasan tersebut, kata Mohamad Pajeri.

Polis Marin telah merampas 10,000 biji kapsul Amoxicilin 500 mg, 8700 biji kapsul Ibuprofen Paracetamol, 144 Biji Cytotec Tablets, 400 biji Zeozep Forte, 220 biji Dexamethasone, 9000 botol kaca 1ml, 02 unit enjin pump boat, 02 batang Shape bersama kipas, 02 enjin pump serta 01 buah telefon bersama sim kad dan nilai keseluruhan yang dirampas berjumlah RM118,170, tambah beliau.
Mohamad Pajeri berkata saspek wanita itu ditahan dan akan disiasat dibawah Akta Farmasi 1951.

More Stories
Pelajar asrama Kolej Vokasional Lahad Datu meninggal dunia kena ‘kuruyuk’
Cubaan seludup minyak masak, seorang lelaki ditahan di Lahad Datu
Baru dia tau! Kes pecah masuk stesen minyak dan kedai elektrik, saturang buruh kasar ditahan di KK