Oleh Kahar Ali
SANDAKAN : Seorang bayi lelaki yang dipercayai baru dilahirkan dalam keadaan masih bertali pusat, telah ditinggalkan di Taman Ujana Elopura, Batu 2 1/2 Jalan Utara, di sini, pagi kelmarin.
Ketua Polis Daerah Sandakan, ACP Mohd Azhar Hamin, berkata bayi itu ditemui oleh orang awam yang datang memancing di situ kira-kira 12.30 pagi.
“Bayi itu kemudiannya diselamatkan dan dihantar ke HDOK untuk rawatan lanjut,” kata Mohd Azhar.
Setakat ini keturunan bayi masih belum dapat dikenal pasti kerana dipercayai baru sahaja dilahirkan dan keadaan bayi itu kini dilaporkan dalam keadaan stabil, tambahnya lagi.
Mohd Azhar, seterusnya meminta orang ramai yang mempunyai maklumat berkaitan kejadian itu supaya tampil bagi membantu siasatan.
Kes disiasat mengikut Seksyen 317 Kanun Keseksaan, kata beliau.
Menurut beliau, Seksyen 317 Kanun Keseksaan yang membabitkan kesalahan menyembunyikan kelahiran dengan niat membuang bayi, boleh dihukum penjara tidak lebih tujuh tahun atau denda atau kedua-duanya.

More Stories
Pelajar asrama Kolej Vokasional Lahad Datu meninggal dunia kena ‘kuruyuk’
Cubaan seludup minyak masak, seorang lelaki ditahan di Lahad Datu
Baru dia tau! Kes pecah masuk stesen minyak dan kedai elektrik, saturang buruh kasar ditahan di KK