Oleh Faizal Rahman
LAHAD DATU : Enam orang lelaki telah ditangkap oleh Pasukan Polis Marin (PPM) Lahad Datu kerana gagal mengemukakan dokumen pengenalan diri yang sah di kawasan laut Tambisan semalam.
Menurut Komander PPM Sabah ACP Haji Mohamad Pajeri Ali , berdasarkan maklumat yang diterima, dua botronda PPM telah berjaya menahan dua buah pam bot semasa menjalankan rondaan menerusi Ops Gelora pada lebih kurang jam 5.30 petang.

Enam lelaki serta kedua-dua buah pam bot bersama enjin telah dibawa ke pangkalan PPM Lahad Datu untuk sebelum dihantar ke Balai Polis Daerah untuk tujiam dokumentasi, kata Mohamad Pajeri.
Anggaran rampasan bot dan enjin berjumlah RM 6,400, tambah beliau.
Kes disiasat dibawah Akta Imigresen 1959/63 dan jika disabit kesalahan boleh didenda tidak melebihi RM10,000 atau penjara tidak melebihi 5 tahun atau kedua-duanya dan boleh dikenakan tidak lebih daripada 6 kali sebatan atau kompaun sehingga RM3,000, katanya lagi.

More Stories
Pelajar asrama Kolej Vokasional Lahad Datu meninggal dunia kena ‘kuruyuk’
Cubaan seludup minyak masak, seorang lelaki ditahan di Lahad Datu
Baru dia tau! Kes pecah masuk stesen minyak dan kedai elektrik, saturang buruh kasar ditahan di KK