Motosikal yang dipercayai ditunggang remaja lelaki
Oleh Ahmad Tamrin
TAWAU : Seorang remaja lelaki meninggal dunia semasa menerima rawatan di hospital sini malam kelmarin.
Mangsa yang dikenali sebagai Sufriadi Sompoh berumur 14 tahun mengalami kecederaan parah di bahagian organ dalaman dipercayai terlibat dalam kemalangan jalanraya di Jalan Kuhara semasa menunggang motosikal.
Ketua Polis Daerah ACP Peter Umbuas berkata Unit Forensik Hospital telah memaklumkan kepada polis berhubung penerimaan mayat seorang mangsa kemalangan pada jam 8.43 malam.
“Mayat mangsa telah dituntut oleh ibubapanya,” tambah Peter.
Sebuah motosikal yang rosak di bahagian hadapan dan kesan calar ditepi sebelah kanan telah ditemui di tempat kejadian, kata Peter.
Peter memberitahu bahawa polis sedang mengesan saksi bagi membantu siasatan berhubung kejadian tersebut dibawah Seksyen 41(1)(A) Akta Pengangkutan Jalan 1987.
Sebelum itu, satu mesej telah ditularkan di laman sosial untuk mengesan waris seorang lelaki yang tidak memiliki dokumen pengenalan diri, yang cedera parah dalam kemalangan jalanraya dan menerima rawatan di hospital.

More Stories
Malaysia satu-satunya negara Asean tak catu bekalan bahan api
Senarai nama calon KP SPRM telah dipersembah kepada Agong
UMS Pacu Kampus Lestari Melalui Program Tanam Pokok @ FKJ