Syabu yang dirampas oleh BSJN Kinabatangan semasa operasi dari 1 hingga 8 Nov
Oleh Faizal Rahman
KINABATANGAN: Pihak polis menahan sembilan lelaki dan merampas syabu dengan jumlah berat 41.83 gram dalam beberapa siri operasi yang dijalankan pada 1 hingga 8 November.
Ketua Polis Daerah Supt Dzulbaharin Haji Ismail berkata Bahagian Siasatan Jenayah Narkotik (BSJN) telah melaksanakan sebanyak tujuh “Operasi Sarang” and 10 “Operasi Payung” dalam tempoh ini.
Sembilan saspek yang ditangkap berumur 20 hingga 45 tahun dan terdiri dari dua warga tempatan dan tujuh warga asing yang tidak mempunyai keterangan diri, tambah Dzulbaharin.
Kesemua mereka ditahan reman bersabit 8 kes berasingan untuk siasatan lanjut dibawah Seksyen 39A(1) Akta Dadah Berbahaya 1952 ( 4 kes), Section 12(2) ADB 1952 (3 kes) dan Seksyen 15(1)(a) ADB 1952 (1 kes), kata Dzulbaharin.

More Stories
Pelajar asrama Kolej Vokasional Lahad Datu meninggal dunia kena ‘kuruyuk’
Cubaan seludup minyak masak, seorang lelaki ditahan di Lahad Datu
Baru dia tau! Kes pecah masuk stesen minyak dan kedai elektrik, saturang buruh kasar ditahan di KK