SEMBILAN LELAKI TERLIBAT DALAM DADAH DITAHAN POLIS KINABATANGAN

Syabu yang dirampas oleh BSJN Kinabatangan semasa operasi dari 1 hingga 8 Nov

Oleh Faizal Rahman

KINABATANGAN:   Pihak polis menahan sembilan lelaki dan merampas syabu dengan jumlah berat 41.83 gram dalam beberapa siri operasi yang dijalankan pada 1 hingga 8 November. 

Ketua Polis Daerah Supt Dzulbaharin Haji Ismail berkata Bahagian Siasatan Jenayah Narkotik (BSJN) telah melaksanakan sebanyak tujuh “Operasi Sarang” and 10 “Operasi Payung” dalam tempoh ini.

Sembilan saspek yang ditangkap berumur 20 hingga 45 tahun dan terdiri dari dua warga tempatan dan tujuh warga asing yang tidak mempunyai keterangan diri, tambah Dzulbaharin.

Kesemua mereka ditahan reman bersabit 8 kes berasingan untuk siasatan lanjut dibawah Seksyen 39A(1) Akta Dadah Berbahaya 1952 ( 4 kes), Section 12(2) ADB 1952 (3 kes) dan Seksyen 15(1)(a) ADB 1952 (1 kes), kata Dzulbaharin.

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *