SEMBILAN INDIVIDU DITAHAN DAN SYABU SEBERAT 7.57 GRAM DIRAMPAS DALAM SERBUAN NARKOTIK KINABATANGAN

Syabu yang dirampas oleh Bahagian Siasatan Jenayah Narkotik Daerah Kinabatangan sepanjang operasi dari Nov 9 hingga 15

Oleh Faizal Rahman

KINABATANGAN : Bahagian Siasatan Jenayah Narkotik Daerah sini berjaya mencekup 9 individu dan rampas syabu seberat 7.57 gram dalam serbuan yang dilakukan sepanjang minggu mulai Nov 9 hingga 15. 

Ketua Polis Daerah Supt Dzulbaharin Haji Ismail berkata mereka yang ditahan itu terdiri dari lima warga tempatan dan empat warga asing yang tidak mempunyai keterangan diri.

Serbuan yang dijalankan ialah “Ops Sarang” iaitu operasi khas ditempat-tempat yang berlaku pengedaran dan penagihan dadah (3 kali) dan “Ops Payung ” iaitu operasi untuk mengawal sesuatu tempat untuk menghapuskan kegiatan dadah (12 kali), kata Dzulbaharin.

“Kes-kes berkenaan termasuk Seksyen 39A(1) Akta Dadah Berbahaya 1952 (1 tangkapan), Seksyen 12(2) ADB 1952 (3 tangkapan) dan Seksyen 15(1)(a) ADB 1952 (5 tangkapan,” kata beliau lagi.

Semua tangkapan telah dibawa ke mahkamah untuk direman bagi tindakan lanjut, tambah Dzulbaharin.