SANDAKAN: Ahli Parlimen Sandakan, Vivian Wong berkata pelaksanaan Pas Sementara Sabah (PSS) pada tahun depan yang diperkenalkan oleh Kementerian Dalam Negeri akan melibatkan banyak pihak.
Justeru, katanya, pihak berkuasa harus menjelaskan kemungkinan kelemahan dan kekurangan sebelum melaksanakan PSS tersebut untuk mengelakkan lebih banyak masalah pada masa depan.
Pelaksanaan PSS ini juga meliputi beberapa jabatan kerajaan, tetapi kini terdapat ramai pegawai-pegawai yang berkaitan juga masih tidak faham tentang pelaksanaan ini.
Mereka juga tidak dapat arahan lanjut dan laporan daripada pihak berkuasa. Vivian menegaskan bahawa rakyat turut merasa keraguan terhadap PSS ini.
“Saya berharap pihak berkuasa juga dapat menerangkan dengan jelas adakah isteri dan anak-anak pemegang pas pelarian IMM13 juga layak untuk menerima Pas Sementara Sabah ini,” katanya.
“Pada masa yang sama, saya juga berharap pihak berkuasa boleh menyenaraikan dengan jelas bahawa tempoh masa yang paling lama bagi PSS ini dan adakah pihak berkuasa akan menimbang untuk mengutip cukai bagi PSS ini, ” tambahnya.
Vivian berkata demikian selepas bertanya soalan kepada Menteri Dalam Negeri, Tan Sri Muhyiddin Yassin di Dewan Rakyat berhubung pelaksanaan PSS itu.
Apabila menjawab soalan itu, Menteri Dalam Negeri menegaskan tujuan Kementerian Dalam Negeri memperkenalkan PSS adalah untuk menyatukan permit pekerja asing yang kini dikeluarkan oleh Sabah supaya dapat berkesan dalam mengawasi perjalanan pendatang asing, mengenalpasti identiti pendatang asing serta mengembangkan tindakan penguatkuasaan.
Menteri juga berkata, pas pelarian IMM13 adalah dikeluarrkan oleh Jabatan Ketua Menteri Sabah manakala Kad Banci adalah dibenarkan oleh Pasukan Petugas Khas Persekutuan Sabah dan Majlis Keselamatan Negara, Negeri Sabah.
Beliau turut menegaskan bahawa PSS hanya akan dibenarkan kepada pendatang asing yang memegang dokumen undang-undang yang berkaitan.
Selain itu, sebelum PSS dibenarkan, jabatan lain juga akan menyelaras dan berkerjasama untuk mengesahkan dokumen-dokumen yang dipegang oleh pemohon itu adalah sah.
Muhyiddin turut mendedahkan bahawa PSS juga mempunyai beberapa ciri keselamatan.
Ia menggunakan teknologi biometrik dan setiap pas mempunyai nombor eksklusif untuk membezakannya daripada permit pendatang asing lain yang sedang digunakan sekarang.
Satu jawatankuasa khas akan ditubuhkan di peringkat Negeri Sabah yang terdiri daripada pelbagai agensi seperti Jabatan Imigresen Malaysia, Majlis Keselamatan Negara Negeri Sabah, Jabatan Pendaftaran Negara Negeri Sabah dan Jabatan Ketua Menteri Sabah bagi memperincikan mekanisme pelaksaan PSS ini seterusnya memastikan kelancaran operasi.

More Stories
Malaysia satu-satunya negara Asean tak catu bekalan bahan api
Senarai nama calon KP SPRM telah dipersembah kepada Agong
UMS Pacu Kampus Lestari Melalui Program Tanam Pokok @ FKJ