PASUKAN POLIS MARIN TAWAU MENGANJURKAN KURSUS PENGURUSAN JENAZAH

TAWAU: Pasukan Polis Marin (PPM) Sabah menganjurkan Kursus Pengurusan Jenazah bertempat di Surau Nurul Iman PPM Tawau di sini semalam.

Menurut Komander PPM Sabah, ACP Hj Mohamad Pajeri Ali, kursus berkenaan dianjurkan adalah memberi pengetahuan dan pembelajaran kepada masyarakat Tawau tentang cara-cara yang betul menyediakan kain kafan kepada jenazah lelaki dan mahupun wanita.

Selain itu, kursus ini juga memberi pengetahuan kepada masyarakat cara yang betul untuk mandikan jenazah lelaki dan wanita serta menunjukkan demo yang betul untuk mengkafankan jenazah, kata Mohamad Pajeri.

Dalam pembelajaran tersebut, mereka juga diajari mengerjakan solat untuk jenazah dan cara yang betul menurunkan dan memasukkan jenazah ke liang lahad, tambah beliau.

Antara yang terlibat di dalam kursus tersebut ialah Kumpulan Sholawat Wanita PKBS Tawau, Kumpulan mengaji Thalaqi pimpinan Ustaz Justam serta penduduk Kg. Jalan Aman Tawau, kata Mohamad Pajeri. 

Objektif kursus ini diadakan memberi pendedahkan kepada warga PPM Tawau dalam pengurusan jenazah, katanya lagi.

“Semoga dengan adanya kursus seperti ini boleh menambah ilmu pengetahuan di kalangan warga PPM dan jua keinsafan akan kematian,” kata Mohamad Pajeri.