Alix (kiri) menyampaikan sumbangan peribadi berbentuk tajaan tiket penerbangan kepada Meilaura (kanan).
Kota Kinabalu: Atlet bina badan wanita, Meilaura Dora Jimmy kini menghadapi cabaran untuk mencari dana untuk mewakili pasukan Malaysia ke Kejohanan Bina Badan Peringkat Dunia di Chiang Mai City Thailand pada 11hb hingga 17hb Disember ini.
“Saya memerlukan kira-kira RM13,200 untuk membayar yuran penyertaan, penginapan selama seminggu, Tiket Penerbangan pergi dan balik ke Kuala Lumpur-Kota Kinabalu -Thailand, makan minum dan yuran untuk pegawai pengiring Puan Deborah Lynn Onul sepanjang kejohanan’”.
“Saya masih berharap agar ada individu, persatuan atau syarikat yang sudi memberikan sumbangan dalam bentuk kewangan agar dapat menyertai pertandingan tersebut” kata Meilaura.
Beliau berkata demikian selepas menerima sumbangan tajaan peribadi daripada Presiden Persatuan Penderma Darah Sabah (PENDARAH) Alix Sunggin pagi tadi.
“Saya difahamkan bahawa perbelanjaan untuk menyertai kejohanan ini amat tinggi dan beliau (Meilaura) belum mendapat apa-apa bantuan kewangan dari mana-mana pihak walaupun beliau mewakili Sabah dan seterusnya Malaysia dalam menyertai kejohanan peringkat dunia. Semoga sumbangan kecil ini mampu membantu beliau,” Kata Alix.
Persekutuan Bina Badan Malaysia (MBBF) telah memilih Meilaura anak kelahiran Kota Kinabalu untuk mewakili pasukan Malaysia ke Kejohanan Bina Badan Peringkat Dunia di Chiang Mai City Thailand tahun ini.
Meilaura adalah Atlet Kebangsaan (MBBF/ABBF/WBPF) pernah mendapat tempat keenam (6) semasa Kejohanan Asia di Seoul, Korea pada tahun 2017. Tempat kelima (5) semasa Kejohanan Bina Badan Dunia (WBPF) di Pattaya, Thailand pada tahun 2016. Mendapat tempat ketiga (3) dua tahun berturut-turut (2013 & 2014) semasa Kejohanan Asia di Vietnam dan di Macau. Meilaura juga pengalaman selama 13 tahun dalam bidang latihan bebanan (weight training) dan juga merupakan jurulatih untuk Team MD Body Nutrition.
Orang ramai yang ingin memberi sumbangan boleh berhubung terus dengan Meilaura di 016 849 6854.

Meilaura Dora Jimmy

More Stories
Pasukan Tommy Hardware juara Pertandingan Open Double Dart Challenge
Izzuddin-Sze Fei cipta kejutan ke final BAC
Belum ada keputusan rasmi pengisian slot pemain import terbaharu – Kim Swee