Anggota bomba dan orang awam bersama Fung selepas beliau dijumpai selamat awal pagi ini
OLEH KAHAR ALI
SANDAKAN: Seorang lelaki warga emas yang sesat semasa hiking di Hutan Taman Mawar Fasa 3 ditemui selamat oleh pasukan mencari dan menyelamat.
Fung Pik Lee berumur 80 tahun telah dilaporkan hilang ketika melakukan aktiviti hiking di hutan tersebut pada Disember 3.
Pusat Gerakan Operasi Jabatan Bomba dan Penyelamat Malaysia Negeri Sabah menerima panggilan kecemasan pada 6.47 petang.
Sepasukan 11 anggota Bomba dari Balai Bomba dan Penyelamat Sandakan diketuai oleh Ketua Balai PKPgB Jimmy Lagung telah digerakkan ke lokasi terletak 9 KM dari Balai untuk menjalankan operasi mencari dan menyelamat.
Pasukan bomba bersama pihak polis, Angkatan Pertahanan Awam dan orang awam telah melakukan operasi pencarian sejauh 20km radius.
Fung telah dijumpai oleh orang awam dalam keadaan selamat pada jam 2.37 pagi hari ini. Operasi mencari dan menyelamat kemudian telah ditamatkan pada jam 4.02 pagi.

More Stories
Malaysia satu-satunya negara Asean tak catu bekalan bahan api
Senarai nama calon KP SPRM telah dipersembah kepada Agong
UMS Pacu Kampus Lestari Melalui Program Tanam Pokok @ FKJ