Hablur jernih disyaki Syabu yang dirampas oleh Polis Kunak awal pagi Rabu.
Oleh Faizal Rahman
KUNAK : Seorang penganggur ditangkap oleh polis dalam “Ops Sarang” kerana memiliki ketulan hablur jernih disyaki dadah Syabu seberat 5.11 gram awal pagi tadi.
Menurut Ketua Polis Daerah, Superitenden Baharin Md. Tahir, saspek lelaki tempatan berumur 38 tahun ditahan di kawasan sebuah taman perumahan oleh polis dari Bahagian Siasatan Jenayah Narkotik Daerah (BSJND) lebih kurang jam 12.16 tengah malam.
“Anggota BSJND telah menjumpai satu paket plastik lutsinar berisi ketulan hablur jernih disyaki Syabu dari saspek. Rampasan dan tangkapan kemudian dibawa ke IPD Kunak untuk tindakan lanjut,” kata Baharin.
Syabu yang dirampas dari saspek itu dianggarkan bernilai RM 750, tambah beliau.
Ujian saringan awal air kencing turut mendapati saspek positif dadah, katanya lagi.
“Kes disiasat mengikut Seksyen 39A(1) Akta Dadah Berbahaya 1952 dan Seksyen 15(1)(a) Akta yang sama,” kata Baharin.

More Stories
Pelajar asrama Kolej Vokasional Lahad Datu meninggal dunia kena ‘kuruyuk’
Cubaan seludup minyak masak, seorang lelaki ditahan di Lahad Datu
Baru dia tau! Kes pecah masuk stesen minyak dan kedai elektrik, saturang buruh kasar ditahan di KK