DUA LELAKI MEMILIKI SYABU DITANGKAP POLIS LAHAD DATU

Syabu rampasan dalam operasi di Kampung Seberang Silabukan Peringkat 5

Oleh Faizal Rahman

LAHAD DATU : Dua lelaki warga asing ditangkap polis dari Bahagian Siasatan Jenayah Narkotik Daerah (BSJND)kerana memiliki syabu dalam “Operasi Sarang” di dua lokasi berasingan dekat sini baru-baru ini.

Menurut Ketua Polis Daerah ACP Nasri Mansor, dalam serbuan pertama seorang saspek berumur46 tahun ditangkap dan hablur jernih seberat 5.10 gram disyaki dadah jenis Syabu bernilai RM765 dirampas di Kampung Seberang Silabukan Peringkat 5, Jalan Lahad Datu-Tungku pada Khamis.

Syabu rampasan serbuan di Kampung Lituk Pulau

Turut dirampas dari saspek, 10 gulung kertas timah semasa serbuan lebih kurang jam 3.30 petang, kata Nasri.

Sementara itu, seorang lagi saspek dicekup dengan 6.50 gram syabu seberat 6.50 gram dianggar bernilai RM 975 dan 13 gulung kertas timah di Kampung Lituk Pulau, Jalan Segama pada jam 5.00 petang Jumaat, kata Nasri.

Saringan air kencing mendapati kedua-dua saspek positif dadah syabu dan mereka ditahan untuk siasatan lanjut dibawah Seksyen 39A(1) Akta Dadah Berbahaya  1952.

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *