Dua saspek berumur lingkungan 20an tahun ditahan oleh Pasukan Gerak Am Beluran di Jalan Buli Sim Sim , Sandakan.
Oleh Kahar Ali
SANDAKAN: Batalion 20 Pasukan Gerakan Am (PGA) Beluran telah menahan tiga orang lelaki dipercayai warga asing dan rampas rokok seludup dengan anggaran nilai keseluruhan berjumlah RM 666,866 di tiga tempat berasingan di sini awal pagi tadi.
Sepasukan pegawai dan anggota dari Tiger Platun Batalion 20 Pasukan Gerakan Am Beluran menahan sebuah kereta yang dinaiki oleh dua saspek berumur lingkungan 20an tahun di Jalan Buli Sim Sim , Sandakan pada jam 12.15 pagi, kata Pegawai Pemerintah Batalion 20 ACP Mohd Nasaruddin M. Nasir,
Pemeriksaan yang dibuat ke atas kenderaan tersebut telah menemui sejumlah 750 karton rokok jenis Astro Merah yang dipercayai rokok seludup dianggarkan bernilai lebih kurang RM 140,100 selepas cukai.

Kedua-dua lelaki yang tidak memiliki dokumen pengenalan diri tersebut telah ditahan dan kesemua rokok dan kereta telah dirampas untuk tindakan selanjutnya, kata Mohd Nasaruddin.
Bertindak atas maklumat tangkapan, pasukan PGA tersebut telah membuat serbuan di dua buah lagi premis di sekitar bandar Sandakan pada jam 12.45 pagi, kata Mohd Nasaruddin.
Hasil pemeriksaan dan penggeledahan yang dibuat ke atas kedua-dua premis mendapati terdapat sebanyak 1,958 karton rokok seludup pelbagai jenis di premis pertama dan 910 karton rokok seludup pelbagai jenis di premis yang kedua yang dianggarkan bernilai RM 526,766 selepas cukai, katanya.
Jumlah keseluruhan nilai rampasan termasuk kereta adalah RM 686,866.40. Turut ditemui di premis kedua ialah seorang lelaki berumur 28 tahun tiada memliki dokumen pengenalan diri, tambah Mohd Nasaruddin.
Tangkapan serta rampasan kemudian diserah kepada IbuPejabat Polis Daerah Sandakan untuk tindakan lanjut, kata beliau lagi.
Menurut Mohd Nasaruddin, rampasan rokok ini merupakan rampasan terbesar setakat ini yang dibuat oleh Batalion 20 PGA Beluran.

More Stories
Pelajar asrama Kolej Vokasional Lahad Datu meninggal dunia kena ‘kuruyuk’
Cubaan seludup minyak masak, seorang lelaki ditahan di Lahad Datu
Baru dia tau! Kes pecah masuk stesen minyak dan kedai elektrik, saturang buruh kasar ditahan di KK