Tiga lelaki warga Indonesia yang ditahan Maritim Malaysia Tawau
Oleh Ahmad Tamrin
TAWAU: Maritim Malaysia Tawau telah menahan sebuah bot jongkong disyaki telah melakukan kesalahan di sekitar perairan Tawau pada Selasa.
Pengarah Zon Maritim Tawau, Kepten Maritim Siva Kumar Vengadasalam berkata, bot ronda Zon Maritim Tawau telah menahan bot jongkong tanpa nombor pendaftaran semasa melakukan aktiviti menangkap ikan pada jam lebih kurang 8.15 malam.
Pemeriksaan awal mendapati terdapat seorang juragan lelaki dewasa dan dua awak- awak lelaki dewasa disyaki warga Indonesia berusia antara 54 hingga 61 tahun berada dalam bot berkenaan, kata Siva Kumar.
Kesemua yang diperiksa juga gagal mengemukakan sebarang dokumen pengenalan diri yang sah. Pemeriksaan lanjut mendapati, terdapat kira- kira 100 kilogram (kg) ikan campur dan 20 gulung pukat dalam bot jongkong berkenaan, katanya.
Kesemua yang ditahan termasuk bot jongkong dan satu unit enjin sangkut Yamaha 15 kuasa kuda dirampas seterusnya diiring masuk ke jeti Zon Maritim Tawau untuk siasatan lanjut di bawah Akta Imigresen 1959/63, tambah beliau.
Menurut Siva Kumar lagi, Maritim Malaysia akan terus mempergiatkan lagi tugas pemantauan, rondaan dan penguatkuasaan dari semasa ke semasa bagi memastikan perlanggaran undang-undang dapat dibanteras dan dikurangkan malahan akan terus memastikan perairan Sabah khususnya Tawau, selamat, aman dan terkawal.
Sebarang aduan dan maklumat boleh disalurkan melalui talian hotline, Pusat Operasi Maritim Malaysia Tawau, 089-752115 atau melalui talian bantuan kecemasan, MERS 999.

More Stories
Pelajar asrama Kolej Vokasional Lahad Datu meninggal dunia kena ‘kuruyuk’
Cubaan seludup minyak masak, seorang lelaki ditahan di Lahad Datu
Baru dia tau! Kes pecah masuk stesen minyak dan kedai elektrik, saturang buruh kasar ditahan di KK