PSKKS BAWA KECERIAAN KEPADA PESAKIT HOSPITAL SIPITANG

Helen menyampaikan hadiah Natal kepada seorang penerima sambil diperhatikan oleh ahli-ahli PSKKS

SIPITANG: Persatuan Sukarelawan Kancer dan Kemesyarakatan Sipitang (PSKKS) telah mengadakan kunjungan amal sempena Perayaan Hari Krismas ke Hospital Daerah Sipitang (HDS) pada Jumaat lalu.

Kunjungan amal itu diketuai oleh Presiden PSKKS, Puan Helen Morris Mojilip dan Timbalannya, Puan Norine Lasong  disertai oleh seramai 50 ahli PSKKS.

Ketibaan rombongan PSKKS telah disambut oleh Ketua Jururawat dan kakitangan HDS yang kemudiannya membawa ahli-ahli persatuan itu melawat wad pesakit lelaki, was pesakit wanita, pesakit kanak-kanaka dan wad bersalin.

Ahli-ahli PSKKS membawa keceriaan kepada pesakit di Hospital Daerah Sipitang

Kunjungan amal itu telah membawa keceriaan kepada para pesakit. Mereka turut menerima hadiah Natal dan sedikit “ang pow” daripada PSKKS.

Menurut Helen, program amal itu merupakan acara tahunan PSKKS sejak ianya ditubuhkan dan tahun ini merupakan kali ketiga ianya diadakan.

“Selain mendedahkan ahli-ahli PSKKS dengan aktiviti amal, program ini diharap dapat memberi keceriaan dan kegembiraan kepada pesakit di Hospital Daerah Sipitang menjelang Hari Natal”, katanya.

Beliau turut merakamkan terima kasih kepada Pengarah Hospital Sipitang, Dr Charistopher dan kakitangannya kerana memberi kerjasama bagi menjayakan lawatan amal itu.