Gambar saspek diperoleh daripada rakaman kamera litar tertutup (CCTV)
Oleh Faizal Rahman
LAHAD DATU : Polis di sini sedang mengesan seorang lelaki yang mencuri 22 karton minuman keras di sebuah pasaraya di kawasan I-Peak pada Sabtu lepas.
Ketua Polis Daerah ini, ACP Nasri Mansor meminta orang ramai yang mempunyai maklumat berhubung saspek untuk menyalurkan butir kepada balai-balai terdekat atau Penolong Pegawai Penyiasat Jenayah Sarjan Mohd Faezal Akmar di talian 089 881 255.
Menurut Nasri, insiden berkenaan berlaku lebih kurang 7.30 malam dan gambar saspek diperoleh daripada rakaman kamera litar tertutup (CCTV) yang dipasang di premis berkenaan.
“Polis sedang menyiasat kes dibawah Seksyen 380 Kanun Keseksaan ekoran laporan yang telah dibuat oleh pihak pengurusan pasaraya,” kata Nasri.

More Stories
Pelajar asrama Kolej Vokasional Lahad Datu meninggal dunia kena ‘kuruyuk’
Cubaan seludup minyak masak, seorang lelaki ditahan di Lahad Datu
Baru dia tau! Kes pecah masuk stesen minyak dan kedai elektrik, saturang buruh kasar ditahan di KK