POLIS KINABATANGAN TINGKATKAN OPERASI BANTERAS DADAH

Hablur jernih disyaki dadah jenis syabu yang dirampas Polis Kinabatangan dari Disember 1 hingga 20.

OLEH FAIZAL RAHMAN

KINABATANGAN:  Bahagian Siasatan Jenayah Narkotik Daerah sini berjaya menangkap seramai 27 individu dan rampas syabu seberat 393.08 gram dalam operasi yang dilakukan dari Disember  1 hingga 20.

Ketua Polis Daerah Supt Dzulbaharin Haji Ismail  berkata saspek yang dicekup dalam 15 Ops Sarang dan 19 Ops Payung  terdiri dari 11 warga tempatan dan 16 lagi yang tidak memiliki dokumen.

Tangkapan tersebut adalah dibawah Seksyen 39B Akta Dadah Berbahaya 1952 (3 kes), Seksyen 12(2) ADB 1952 (4 kes) dan Seksyen 15(1)(a) ADB 1952 (20 kes), kata Dzulbaharin.

Semua tangkapan telah dibawa ke mahkamah untuk direman bagi tindakan lanjut, tambah beliau.

Sebanyak 27 kes telah dituduh di mahkamah dan akan disebutkan semula pada bulan Januari 2020 sementara menunggu laporan daripada Jabatan Kimia/ Patalogi Kota Kinabalu, katanya lagi..