Hablur jernih disyaki dadah jenis syabu yang dirampas Polis Kinabatangan dari Disember 1 hingga 20.
OLEH FAIZAL RAHMAN
KINABATANGAN: Bahagian Siasatan Jenayah Narkotik Daerah sini berjaya menangkap seramai 27 individu dan rampas syabu seberat 393.08 gram dalam operasi yang dilakukan dari Disember 1 hingga 20.
Ketua Polis Daerah Supt Dzulbaharin Haji Ismail berkata saspek yang dicekup dalam 15 Ops Sarang dan 19 Ops Payung terdiri dari 11 warga tempatan dan 16 lagi yang tidak memiliki dokumen.
Tangkapan tersebut adalah dibawah Seksyen 39B Akta Dadah Berbahaya 1952 (3 kes), Seksyen 12(2) ADB 1952 (4 kes) dan Seksyen 15(1)(a) ADB 1952 (20 kes), kata Dzulbaharin.
Semua tangkapan telah dibawa ke mahkamah untuk direman bagi tindakan lanjut, tambah beliau.
Sebanyak 27 kes telah dituduh di mahkamah dan akan disebutkan semula pada bulan Januari 2020 sementara menunggu laporan daripada Jabatan Kimia/ Patalogi Kota Kinabalu, katanya lagi..

More Stories
Pelajar asrama Kolej Vokasional Lahad Datu meninggal dunia kena ‘kuruyuk’
Cubaan seludup minyak masak, seorang lelaki ditahan di Lahad Datu
Baru dia tau! Kes pecah masuk stesen minyak dan kedai elektrik, saturang buruh kasar ditahan di KK