Hablur jernih disyaki dadah jenis syabu yang dirampas oleh Polis Lahad Datu dari saspek petang tadi
OLEH FAIZAL RAHMAN
LAHAD DATU : Seorang lelaki warga Filipina ditangkap oleh polis dari Bahagian Siasatan Jenayah Narkotik Daerah (BSJND) sini kerana memiliki syabu seberat 30.35 gram dengan anggaran nilai RM 4,552.50 di kawasan Taman Panji petang tadi.
Ketua Polis Daerah ACP Nasri Mansor berkata, saspek berumur 32 tahun ditahan pada lebih kurang jam 1.30 petang hasil maklumat yang diterima oleh pihak polis.
” Polis menjumpai empat paket kecil berisi ketulan hablur jernih disyaki dadah jenis seberat syabu 30.35 gram dalam satu paket plastik lutsinar di poket seluar hadapan ketika melakukan pemeriksaan badan saspek,” kata Nasri.
Menurut Nasri, saspek dan barang rampasan telah dibawa ke IbuPejabat Polis Daerah Lahad Datu untuk siasatan lanjut mengikut Seksyen 39A(2) Akta Dadah Berbahaya 1952.
Saspek yang tidak memiliki dokumen keterangan diri juga didapati positif dadah jenis syabu, kata Nasri.

More Stories
Pelajar asrama Kolej Vokasional Lahad Datu meninggal dunia kena ‘kuruyuk’
Cubaan seludup minyak masak, seorang lelaki ditahan di Lahad Datu
Baru dia tau! Kes pecah masuk stesen minyak dan kedai elektrik, saturang buruh kasar ditahan di KK