Insiden terbaru Anggota Jabatan Kastam diserang oleh kumpulan tidak dikenali.
SEMPORNA; Kumpulan bersenjata yang terlibat dalam Insiden tembak-menembak dengan Anggota Jabatan Kastam di Perairan Pulau Mataking Semporna petang kelmarin dipercayai bukan kumpulan ‘kidnap for ransom‘ (culik untuk wang tebusan), sebaliknya kumpulan penyeludup.
Dalam kejadian kira-kira pukul 5.30 petang itu, Pasukan Kastam dipercayai menjalankan rondaan sebelum kejadian tembak-menembak berlaku dengan beberapa individu yang menaiki sebuah bot laju.
Komander Pasukan Keselamatan Khas Pantai Timur Sabah (ESScom) Datuk Hazani Ghazali berkata, lima penguatkuasa yang berada di bot Kastam tidak mengalami sebarang kecederaan.

Beliau berkata, semasa kejadian, dianggarkan 50 butir peluru dilepaskan kearah bot Jabatan Kastam.
Menurut Datuk Hazani, kesemua suspek kemudian gagal dikesan selepas memasuki Perairan Filipina.
Katanya, pihaknya masih menjalankan siasatan lanjut berhubung perkara tersebut.

More Stories
Pelajar asrama Kolej Vokasional Lahad Datu meninggal dunia kena ‘kuruyuk’
Cubaan seludup minyak masak, seorang lelaki ditahan di Lahad Datu
Baru dia tau! Kes pecah masuk stesen minyak dan kedai elektrik, saturang buruh kasar ditahan di KK