Saspek bersama barang yang dirampas diawasi anggota PPM di Markas Operasi PPM Semporna kelmarin
SEMPORNA: Pasukan Polis Marin (PPM) telah berjaya menahan sebuah pam bot dijuragani oleh seorang warga emas lelaki berbangsa Bajau berusia 50an bersama seorang anak perahu yang berusia 20an tahun di kawasan Laut Boheian Semporna dekat sini kelmarin.
Kedua-dua saspek merupakan penduduk Kampung Labuan Haji. Mereka ditahan kerana membawa muatan minyak petrol anggaran 335 Liter yang diisi didalam 16 gelen pelbgai saiz yang dipercayai untuk di bawa keluar menuju ke arah negara jiran Filipina.
Juragan berkenaan gagal menunjukkan sebarang dokumen membawa minyak daripada pihak Kementerian Perdagangan Dalam Negeri dan Hal Ehwal Pengguna (KPDNHEP). Tangkapan dan rampasan di bawa ke Markas Operasi PPM Semporna untuk tindakan lanjut.
Keseluruhan nilai rampasan dianggarkan RM 4496.80. Kes disiasat dibawah seksyen 21 Akta Kawasan Bekalan 1961 dibaca bersama Peraturan Peraturan Kawalan Bekalan 1974.
Komander PPM Sabah ACP Haji Mohamad Pajeri Ali berkata, operasi PPM sempena musim Perayaan Krismas, Tahun Baharu 2020 akan dilanjutkan sehingga Perayaan Tahun Baharu Cina secara berterusan di seluruh perairan Sabah bagi memerangi jenayah rentas sempadan seperti penyeludupan dan sebagainya.

More Stories
Pelajar asrama Kolej Vokasional Lahad Datu meninggal dunia kena ‘kuruyuk’
Cubaan seludup minyak masak, seorang lelaki ditahan di Lahad Datu
Baru dia tau! Kes pecah masuk stesen minyak dan kedai elektrik, saturang buruh kasar ditahan di KK