POLIS MARIN TUMPASKAN CUBAAN SELUDUP MINYAK PETROL

Saspek bersama barang yang dirampas diawasi anggota PPM di Markas Operasi PPM Semporna kelmarin

SEMPORNA: Pasukan Polis Marin (PPM) telah berjaya menahan sebuah pam bot  dijuragani oleh seorang warga emas lelaki berbangsa Bajau berusia 50an bersama seorang anak perahu yang berusia 20an tahun di kawasan Laut Boheian Semporna dekat sini kelmarin.

Kedua-dua saspek merupakan penduduk Kampung Labuan Haji. Mereka ditahan kerana membawa muatan minyak petrol anggaran 335 Liter yang diisi didalam 16 gelen pelbgai saiz yang dipercayai untuk di bawa keluar menuju ke arah negara jiran  Filipina. 

Juragan berkenaan gagal menunjukkan sebarang dokumen membawa minyak daripada pihak Kementerian Perdagangan Dalam Negeri dan Hal Ehwal Pengguna (KPDNHEP). Tangkapan dan rampasan di bawa ke Markas Operasi PPM Semporna untuk tindakan lanjut. 

Keseluruhan nilai rampasan  dianggarkan RM 4496.80. Kes disiasat dibawah seksyen 21 Akta Kawasan Bekalan 1961 dibaca bersama Peraturan Peraturan Kawalan Bekalan 1974.

Komander PPM Sabah ACP Haji Mohamad Pajeri Ali berkata, operasi PPM sempena musim Perayaan Krismas, Tahun Baharu 2020 akan  dilanjutkan sehingga Perayaan Tahun Baharu Cina secara berterusan di seluruh perairan Sabah bagi memerangi jenayah rentas sempadan seperti penyeludupan dan sebagainya.