POLIS CARI DUA LELAKI BANTU SIASATAN KES CURI MOTOSIKAL

Kedua-dua lelaki (gambar atas dan bawah) yang sedang dicari Polis Lahad Datu  untuk bantu siasatan kes curi motosikal

OLEH FAIZAL RAHMAN

LAHAD DATU : Polis daerah ini sedang mencari dua lelaki untuk membantu siasatan berhubung kes curi motosikal di Kampung Ipil, Jalan POIC awal pagi Ahad.

Kejadian tersebut berlaku lebih kurang jam 4.00 pagi dan bertindak atas laporan polis oleh pemilik serta  maklumat awam berhubung penjualan motosikal tersebut, polis merampas semula motosikal itu di sebuah ladang sawit di Kunak, pada pukul 3.00 petang hari yang sama.

Menurut Ketua Polis Daerah ACP Nasri Mansor,  tidak ada tangkapan dibuat dan polis kini sedang mengesan dua saspek untuk siasatan dibawah Seksyen 379A Kanun Keseksaan.

“Kita memohon kerjasama orang ramai yang mempunyai sebarang maklumat berkaitan kedua-dua saspek boleh menghubungi Pegawai Penyiasat Sarjan Azmer di talian hotline Ibu Pejabat Polis Daerah (IPD) Lahad Datu 089-881255,” kata Nasri.