DANIEL, SHUEN TONG JUARA BERGANDA

Oleh Wartawan BS
5 Februari 2020

KOTA KINABALU: Daniel Edry Elvestly dan Goh Shuen Tong menepati sasaran awal apabila merangkul kejuaraan pada Kejohanan FELET Badminton Tertutup Remaja Sabah di Tawau, Ahad lalu.

Beraksi di kategori umur bawah 16 tahun, kedua-dua pemain meningkat naik negeri itu menang dalam aksi perseorangan lelaki dan perempuan di mana mereka diletakkan sebagai pilihan pertama.

Daniel mengambil masa 30 minit untuk memenangi gelaran pertamanya apabila menewaskan rakan sepasukan daripada Kota Marudu Aguwell Andrew 23-21 and 21-13.

Mereka kemudiannya berganding untuk acara beregu dan mudah menewaskan Datu Anaz Isaac and Mohd Abraham dari Penampang 21-17, 21-17 untuk membolehkan Daniel merangkul kejuaaran kedua pada kejohanan itu.

Dalam aksi akhir perempuan untuk peringkat umur yang sama, Shuen Tong yan mewakili Kota Kinabalu juga menepati ramalan sebagai pemain pilihan pertama dengan mengalahkan pemain tuaran Cassey Rynn Rompog 21-16, 21-11.

Shuen Tong juga mengecapi kejuaraan kedua di mana beliau bergandingan dengan Cassey untuk mengalahkan Elaine Wee Yu Ling dan Rabiatul Hidayah Muhammad 21-13, 21-17 pada final beregu.

Dengan kejayaan itu, Daniel dan Shuen Tong gah dengan gelaran juara berganda yang mereka kongsi dengan tiga pemain lain iaitu Lin Yao Rong (lelaki bawah 12 tahun), Saidatul Saadiah Muhammad (perempuan bawah 12 tahun) dan Jovine Calvin (perempuan bawah 14 tahun).

Yao Rong menang acara perseorangan 21-13, 21-18 berhadapan dengan Ryan Yong Cheng Hao sebelum menambah lagi trofi di dalam acara beregu bergandingan dengan Jack Yak Ka Hei, di mana mereka menewaskan Edwin Soong Pei Xuan/Muhammad Iqbal Yusuf 21-13, 23-21.

Saidatul pula menewaskan Farizah Wirdani Fadzil 21-15, 21-14 dalam acara akhir perseorangan dan kemudian dalam acara beregu, mereka berganding untuk mengejutkan pilihan pertama Christy Cassandra Fabian/Nur Syafiqah Abdullah 15-21, 21-14, 21-12.

Manakala Jovie pula menang ke atas Sharylyn Vivian George 22-20, 21-12 dalam acara perseorangan dan kemudian berganding dengan Kon Han untuk menewaskan Eva Vanessa Molod/Sharylyn 21-9, 21-15.

Pemenang untuk acara lain adalah Mohd Arif Jun Keat selepas menewaskan Hafiz Hakimi Hashim 21-10, 19-21, 21-19 pada akhir lelaki bawah 14 tahun manakala acara beregu untuk peringkat umur yang sama dimenangi Datu Anif Isaac Datu Asrah/Hymns Isaiah Shim dengan kemenangan 21-18, 20-22, 21-15 terhadap Clement Brady Charles/Mohd Arif.

Untuk kategori bawah 10 tahun yang cuma mempertandinkan acara perseorangan, Lee Xiu Lee menewaskan Syahmi Rizq Senawing 31-25 dan Chua Jing Xuan menang 31-27 ke atas Clarylyn Ashebelle Nuli George.

Dianjurkan oleh Persatuan Badminton Sabah dan Persatuan Badminton Daerah Kalabakan sebagai ruan rumah, kejohanan tiga hari yang berlangsung di Kompleks Sukan Tawau itu disertai oleh 474 pemain dari pelusuk negeri.